Setiap kali mendengar nama Khairul Aming pasti akan terngiang-ngiang perkataan yang selalu disebut setiap kali menonton videonya. "Hey what's up guys?" Nama Khairul tidak lagi asing dalam sosial media, dari kaum ibu-ibu sehinggalah kanak-kanak gemar menonton video Khairul Aming menyajikan kita dengan pelbagai jenis resepi yang mudah dimasak tetapi rasanya begitu enak. Khairul juga mempunyai perniagaan sambal jenamanya sendiri iaitu Sambal Nyet yang kini telah dijual berjuta-juta botol.
Semalam, sekali lagi nama Khairul Aming menjadi sebutan di platform Twitter apabila namanya dijadikan contoh dalam sebuah kertas soalan subjek perakaunan di universiti. Gambar soalan peperiksaan itu telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Alya. Siapa sangka Khairul Aming sendiri telah retweet perkongsian itu kerana nama Khairul Aming sebagai contoh tetapi dengan telah dieja dengan ejaan yang berbeza. Menerusi posting itu, kelihatan gambar Khairul versi kartun dan nama sambalnya juga diubah kepada Qherolming. Berbeza macam langit dengan bumi, kelakar betul. Hal ini menyebabkan ramai netizen terhibur dengan perkara itu. -CARI |
ADVERTISEMENT