Siapa yang tidak kenal Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai 'Salt Bae' iaitu seorang chef yang sangat terkenal di Turki dengan teknik menabur garam di atas daging? Lihat sahaja Salt Bae pasti akan teringat steak dagingnya yang kelihatan begitu sedap.
Selain Salt Bae, pernahkah anda mendengar nama chef Burak Özdemir yang sering senyum sambil pandang kamera ketika memasak?
Chef ini lebih mesra dipanggil dengan nama CZN Burak. Chef ini terkenal kerana sering memasak hidangan bersaiz besar kerana dia suka berbahagi rezeki bersama dengan orang-orang susah. Dia juga terkenal dengan sifat pemurah.
Namun baru-baru ini, chef Czn Burak telah memuat naik perkembangan terbarunya menerusi akaun Tiktok miliknya. Menerusi posting itu, begitu ramai peminatnya dari serta dunia sedih apabila dia dikhabarkan sedang menderita tumor otak. Video itu juga menunjukkan dia sedang terbaring di atas katil hospital dengan wayar berselirat di badannya.
Berat badan Burak juga kelihatan semakin kurus dan wajahnya nampak tidak bermaya. Walaupun sedang menahan sakit, Burak tetap sahaja tersenyum dalam video itu. Siapa sangka di sebalik senyumannya, chef Burak menanggung kesakitan dan ujian yang sangat berat.
Chef Burak juga turut berkongsikan video baru dengan kapsyen seandainya dia sudah tiada lagi di dunia ini, dia mahu namanya dikenang menerusi video kerja kebajikan yang dibuat untuk membantu memberi makanan kepada orang yang dalam kesusahan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar chef Burak segera sembuh dan boleh kembali membantu orang yang memerlukan. -CARI