Neelofa dedah yang dia mula jatuh cinta dengan Haris Ismail selepas suaminya itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada tahun 2020.
Kata Neelofa, Haris sebenarnya adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan. "Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia 'handsome'. Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh. "Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta," katanya di Meletop.
|
laksmanabentan replied at 11-5-2022 12:23 PM
terawih tahun 2020 (April - May 2020) - masa ni MCO la kannn.....
bertunang November 2020 - kurang ...
asfaz replied at 11-5-2022 12:31 PM
Terang terangan tu langgar sop. Sendiri mengaku
ADVERTISEMENT