Mula dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Yazmin Aziz bagaimanapun tidak mahu membataskan bakat seninya hanya kepada bidang nyanyian sahaja.
Diberi peluang berlakon dalam sebuah telemovie komedi berjudul Bunga Dan Kayu, Yazmin, 20, terbuka untuk menerima lebih banyak tawaran dan tidak kisah jika dia diberi watak komedi. "Memanglah saya teruja apabila diberi tawaran berlakon kerana sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk berjaya dalam seni dan tidak kisah apa bidang sekalipun. "Saya harap kemunculan pertama sebagai pelakon dapat membuka mata banyak pihak dan diberi peluang lain. Saya tidak ada masalah untuk berlakon komedi dan di Malaysia pun tidak ramai pelakon komedi wanita. Jadi apa salahnya untuk saya lebih serius.
"Menerima respons baik dari penonton membuatkan saya gembira dan sememangnya karakter komedi itu sudah ada dalam diri saya," katanya kepada mStar.
|
kosukeconan replied at 11-5-2022 03:37 PM
tiktok videos sheols mmg funny
tekujat sikit sbb rupanya baru 20 yo, ingatkn dah 25 above
myb sebab ...
ADVERTISEMENT