CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nak Jadi Hero Filem, Impian Ben Amir Tercapai

11-5-2022 09:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1026| Komen: 17|Original author: Tatod

Description: Tanyakan saja pada mana-mana individu yang bergelar pelakon, pastinya salah satu impian mereka adalah untuk mengembangkan karier ke layar perak. Begitu jugalah dengan aktor Ben Amir yang turut mempuny ...

Tanyakan saja pada mana-mana individu yang bergelar pelakon, pastinya salah satu impian mereka adalah untuk mengembangkan karier ke layar perak. Begitu jugalah dengan aktor Ben Amir yang turut mempunyai hasrat yang sama.

Memetik laporan Harian Metro, Ben mulai meletakkan sasaran itu sejak lapan tahun lalu saat memulakan langkah kakinya dalam bidang seni. Kata pelakon yang meletup dengan drama Sweet Dreams itu, cita-cita itu bakal jadi kenyataan apabila berpeluang membintangi filem aksi berjudul Rebel.

Sumber Harian Metro

"Lapan tahun saya tunggu peluang itu. Apabila ditawarkan, ia umpama mimpi jadi kenyataan. Ketika saya hanyalah sekadar pelakon tambahan, saya meletakkan sasaran untuk menjadi hero dan berlakon dalam filem.

"Tidak kisahlah apa genre filem sekali pun tetapi paling saya nantikan adalah karya genre aksi. Jadi, apabila diberikan peluang ini, ia umpama permulaan baharu buat kerjaya saya," katanya.

Membintangi banyak drama tempatan antaranya Chandelier, Sang Pewaris dan Anak Sena, jejaka berusia 32 tahun itu inginkan perubahan dalam kembara karier lakonannya. Dia berusaha untuk memajukan diri dan enggan terus berada di tahap yang sama.


"Sebagai pelakon, saya perlu berkembang. Tak boleh kekal hanya dengan satu karakter sahaja. Saya lebih suka dikenali sebagai pelakon yang membawakan pelbagai watak.

"Semakin meningkat usia karier seseorang maka kita juga semakin matang dan pemilihan karakter juga akan berubah. Kalau ikutkan, ada banyak lagi watak yang ingin saya cuba bawakan," katanya.


Mengulas mengenai filem Rebel arahan pertama penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, finalis Hero Remaja 2012 itu mengatakan bahawa karya tersebut sarat dengan mesej buat penonton.

Ben diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak utama sebagai Luka. Karakter berkenaan dikelilingi oleh kejahatan seperti dadah dan pelacuran. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 11-5-2022 10:27 AM
dia ni ada ruper..tapi aura hero x berapa nak menyerlah...

tapi aku suka jek dia ni berlakon..
Quote seri_mawr 11-5-2022 10:27 AM
dia ni ada ruper..tapi aura hero x berapa nak menyerlah...

tapi aku suka jek dia ni berlakon..
Quote adelea 11-5-2022 04:10 PM
aku kesian budak ben , dah dua tahun dia tercari2 variety in his work
tapi under previous management though dia dapat byk job tapi kareer tak grow seperti yg dia harapkan....

dua ekor tu dah laaa kuat merambu

elok la dia solo sekrg and uruskan sendiri
would be much better sbb dia pon dah matang and kenal ramai org industri ...

MA tak nak ke buat SD II macam yg di janjikan ...
tgu MF lepas pantang and STA II finish kot

Quote NekNgah 12-5-2022 11:29 AM
adelea replied at 11-5-2022 04:10 PM
aku kesian budak ben , dah dua tahun dia tercari2 variety in his work
tapi under previous managemen ...

Ben ada cakap mase live tiktok, jangan tunggu SD2.  Tak ada.

Tapi tak tahulah kalau Mike nak buat juga, kena tunggu semua orang free.  Entah bilalah agaknya tu.
Quote NekNgah 12-5-2022 11:34 AM
Edited by NekNgah at 12-5-2022 11:37 AM

Interview dengan Getaran lagi banyak info.
Ben Amir tunggu jadi hero

Aktor Muhammad Amir Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Ben Amir, 32, teruja apabila mendapat peluang untuk memegang peranan hero dalam filem aksi berjudul Rebel yang bakal dibintangi diarahkan Datuk Awie.
“Saya menunggu peranan sebagai hero filem ini selama lapan tahun. Sewaktu lapan tahun lepas, bila orang tanya saya apakah impian saya di dalam bidang lakonan, saya beritahu bahawa saya mahu jadi hero filem aksi.
“Tak kisah jadi askar atau gangster. Yang penting ia adalah sebuah filem aksi dan ada babak tembak-tembak.
“Sebab dari kecil lagi, saya memang suka dengan filem aksi. Bila dapat peluang ini (berlakon filem Rebel), bagi saya ia adalah satu permulaan yang baik untuk kerjaya saya pada tahun ini,” katanya kepada Getaran.
Menceritakan wataknya sebagai Luka dalam filem Rebel, Ben menjelaskan, kehidupan Luka dikelilingi dengan kejahatan iaitu gangsterisme, dadah dan pelacuran.
“Walaupun kehidupan dia begitu, tapi dia tidak memilih untuk hidup begitu. Sebaliknya, dia menggunakan pengaruhnya untuk membuat kebaikan dan menentang kejahatan.
“Filem ni ada getaran seperti Young and Dangerous. Watak Chan Ho Nam tuh ibarat Luka. Bila saya baca skrip, karektor Luka sebenarnya seorang gangster yang tenang dan relaxed.
“Memang ini adalah watak idaman saya dan filem ini juga memiliki banyak pengajaran dari sudut brotherhood dan kemanusiaan. Jadi saya harap, orang tidak akan menghakimi filem ini sebagai filem gangster yang tipikal,” katanya lagi.
Ben juga mengakui memang sudah lama menyimpan hasrat dan impian untuk berlakon bersama Datuk Awie dalam sebuah filem yang sama.
“Sebetulnya, memang ada sebuah filem yang patut saya bintangi bersama Datuk Awie, arahan Allahyarham Mamat Khalid.
“Tapi filem itu tidak jadi buat. Bila jumpa balik Datuk Awie dan dapat tahu dia berlakon dan bakal arahkan Rebel, bagi saya memang okay sangatlah. Saya memang sudah lama mengikuti hasil kerja lakonan beliau sama ada dalam aksi atau komedi.
“Saya gembira dapat bekerjasama dengan beliau di dalam filem ini dan walaupun ada koreografer untuk babak aksi, namun Datuk Awie juga akan membantu,” katanya.
Tentang kesesuaiannya membawakan watak Luka ini, jelas Ben lagi, setiap aktor haruslah berkembang dari sudut kraf lakonannya.
“Kita tidak boleh terikat dengan satu karakter sahaja. Saya sendiri suka membawakan pelbagai watak dan mengembangkan watak-watak yang saya bawa itu.
“Mula-mula jadi pelakon, memang kena buat cerita cinta. Tapi, bila kita semakin matang dan nampak matang, banyak watak lain yang boleh kita terokai.
“Sebab itulah saya ambil inisiatif untuk belajar sendiri seni mempertahankan diri seperti Muay Thai dan Kickboxing.
“Campur PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama beberapa kali, sudah tiga tahun saya belajar. Ia sebagai suatu persediaan walaupun pada ketika itu saya belum ada job untuk buat cerita aksi.
“In Shaa Allah, lepas Rebel, ada satu lagi filem aksi yang bakal saya lakonkan. Tapi, saya tidak dapat cerita dulu tentang projek filem tersebut,” katanya.
Tidak mahu memaksa dirinya untuk mencari jodoh semata-mata untuk mendirikan rumah tangga seperti mana orang lain, Ben berkata, banyak lagi perkara yang dia mahu lakukan dan mahu terokai.
“Umur saya pun baru 32. Masih muda lagi. Kalau boleh saya nak buat sky diving, snowboarding dan menjelajah di negara-negara lain.
“Sejak PKP, saya tak dapat hendak berjalan ke mana-mana atau melakukan sukan yang ekstrim. Jadi, saya sudah menyusun jadual saya untuk melakukan snowboarding di Jepun tidak lama lagi dan pada hujung tahun ini saya akan ke New York atas urusan kerja.
“Pada tahun depan pula, saya akan ke Iceland pula. Memang saya nak lepas geram untuk menjelajah selepas ini,” katanya sambil tertawa.
Pada sambutan raya kali ini, Ben sempat pulang beraya di Ipoh Perak untuk berkumpul dengan semua keluarga dan sanak-saudara, namun dia sudah kembali ke Kuala Lumpur pada hari raya kedua.
“Saya terpaksa kembali membuat latihan dan persiapan untuk filem Rebel yang akan menjalani penggambaran pada 11 Mei ini,” katanya menutup bicara.
Selain Ben Amir, Rebel terbitan Wau Production dan Rumah Produksi Merah turut membariskan pelakon lain seperti membariskan Shikin Kamal, MK K-Clique serta Awie sendiri.

Quote adelea 12-5-2022 11:48 AM
NekNgah replied at 12-5-2022 11:29 AM
Ben ada cakap mase live tiktok, jangan tunggu SD2.  Tak ada.

Tapi tak tahulah kalau Mike nak buat ...

Ohh tak jadi ekk
Ok laaa tak jadi ....lagipun x best sean x de ....

Sbb suka juga tgk sean
Quote NekNgah 12-5-2022 11:55 AM
adelea replied at 12-5-2022 11:48 AM
Ohh tak jadi ekk
Ok laaa tak jadi ....lagipun x best sean x de ....

Dah tiga tahun berlalu untuk buat sequel.  Dah hilang momentun.
Quote adelea 12-5-2022 11:56 AM
NekNgah replied at 12-5-2022 11:34 AM
Interview dengan Getaran lagi banyak info.
Ben Amir tunggu jadi hero


Dulu ben target nak kawen umur 32. Tapi sekarang .. x jumpa jodoh pula ...
Jodoh ni mmg tak leh letak target umur ... Just go with flow and byk2 berdoa mintak di mudahkan dan yg terbaik utk diri dan kuarga ...

Once saya pon pernah letak target umur berapa nak kawen .. masalahnya ... Fokus and target x seiring ... .. jumpa tapi x serasi ... Ada org pinang saya tolak ( mak aku ungkit pasal tu sampai skrg) .... Tapi fokus saya mmg kat parents je skrg ni... Kahwen tu bukan priority and achievement pon ..if ada ok .. if takde pon ok ..
Quote adelea 12-5-2022 11:56 AM
NekNgah replied at 12-5-2022 11:55 AM
Dah tiga tahun berlalu untuk buat sequel.  Dah hilang momentun.

Betul tu ngah ...
Mood nak tgk pon cam ...aihh nak kena recall recall lagikk...
Quote NekNgah 12-5-2022 12:00 PM
adelea replied at 12-5-2022 11:56 AM
Dulu ben target nak kawen umur 32. Tapi sekarang .. x jumpa jodoh pula ...
Jodoh ni mmg tak leh le ...

Semua yang terjadi dan bakal terjadi kan aturan Allah.  Kena reda kerana setiap aturan tu ada hikmahnya.
Quote ctnorenjoy 12-5-2022 12:01 PM
NekNgah replied at 12-5-2022 11:34 AM
Interview dengan Getaran lagi banyak info.
Ben Amir tunggu jadi hero


Ok, filem ni la kot y heols share kat igs aritu. Kalau betul, nampak lain dr y lain
Quote adelea 12-5-2022 12:07 PM
NekNgah replied at 12-5-2022 12:00 PM
Semua yang terjadi dan bakal terjadi kan aturan Allah.  Kena reda kerana setiap aturan tu ada hikm ...

Yes aturan allah .. sbb tu saya ok je .. ada pon ok xde pon ok ... I happy and syukur with what i have ..
Quote NekNgah 12-5-2022 12:19 PM
ctnorenjoy replied at 12-5-2022 12:01 PM
Ok, filem ni la kot y heols share kat igs aritu. Kalau betul, nampak lain dr y lain

Katanya start shoot on 11th May.  Semalam dalam story katanya ada training guna senjata api.  Untuk filem Rebel nilah agaknya.
Quote Normabaru 12-5-2022 01:25 PM
Dia ni boleh je pergi jauh..tp maybe xrajin.compare dia dgn bamtah..dia lg masculine..tp rezeki bamtah lg lebat..sbb bamtah rajin.buku coffee table mengarut pun sanggup buat..cerita watak kayu pun sanggup....dia ni mcm xde nk malukan diri sgt..sbb bljr tinggi kan..so syahdu jelaa jadinya rambut potong pon xmo..huhuu
Quote ctnorenjoy 12-5-2022 02:58 PM
NekNgah replied at 12-5-2022 12:19 PM
Katanya start shoot on 11th May.  Semalam dalam story katanya ada training guna senjata api.  Untu ...

Makin excited dgn filem ni
Quote NekNgah 13-5-2022 08:27 AM
ctnorenjoy replied at 12-5-2022 02:58 PM
Makin excited dgn filem ni

Sudah semestinya.  Semalam dah nampak cast & crews.  Mostly dari crew filem Geran.  Pakar-pakar silat belaka.
Quote lasagna 13-5-2022 08:32 AM
ben ni ada lah bakat, tp aura dia tu mcm tak terlallu hype, xpe laa ni dh jd dpt watak hero, rajin2 keje laa pasni kan. all da best bro!

Lihat semua komen(17)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.084243 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top