Boleh dikatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia suka mencari rawatan alternatif asalkan mereka dapat mengekalkan atau menambahbaikan kesihatan mereka dari segi rohani dan fizikal. Ini adalah 5 Rawatan "Pseudoscience" Yang Paling Popular Di Malaysia, memetik dari Illuminasi.
Rawatan Lilin Telinga atau nama lainnya "Thermal-Auricular Therapy" masih lagi beroperasi di Malaysia dan menjadi salah satu tarikan utama di spa di negara ini. Kaedah ini dikatakan mampu membersihkan telinga serta memperjelaskan pendengaran manusia.
Tetapi kaedah ini telah lama diharamkan di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada kerana mereka mengkategorikan rawatan "Lilin Telinga" adalah bukan kaedah rawatan sebenar.
Dipakai pada tapak kaki semasa tidur, pelekat itu dikatakan mampu menyerap sisa-sisa besi dalam badan kita dan membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, diabetes dan banyak lagi. Tetapi, menurut kajian sains dari MayoClinic berkata bahawa bahan "herba" yang ada didalam pelekat kaki itu akan bertukar kehitaman apabila didedahkan kepada kelembapan, walaupun kelembapan itu datang dari udara.
Jika anda ingat era 90an dan era 2000an, anda mungkin pernah melihat iklan di TV tentang gelang magnetik yang dikatakan menggunakan kaedah "Bio-Magnetic Therapy". Gelang magnetik itu dikatakan selamat digunakan ianya boleh mampu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tenaga badan manusia. Walaupun begitu, tiada bukti bahawa gelang magnetik itu berkesan dan gelang magnetik itu dijual dengan ratusan ringgit kepada mereka yang percaya bahawa ia mampu membantu mereka.
Cermin Mata ini dulu dijual dengan pelbagai jenama, cermin mata ini juga ada nama lain iaitu "Pinhole Glasses", cermin mata ini dikatakan mampu memperkuatkan otot mata seterusnya menarik kembali lensa mata kita yang sudah hilang bentuk dan mampu mengembalikan penglihatan seseorang tanpa perlu melakukan pembedahan. Apa yang dirisaukan adalah, ada pengguna yang terlalu percayakan cermin mata ini sehinggakan pengguna itu hendak keluar memandu ketika memakai cermin mata itu.
Anda mungkin nampak rawatan ini mungkin di pusat membeli belah ataupun tempat spa, rawatan ini menggunakan ikan jenis gaffa dan anda perlu merendamkan kaki kedalam air dan biarkan ikan itu mengigit kaki anda. Ia dikatakan membersihkan kaki daripada sel-sel yang telah mati serta mampu melancarkan peredaran darah dan mampu menangani masalah stres. Walau kebanyakan kajian yang dijalankan mendapati kesan positif, hasil rendaman kaki itu bukan kerana gigitan ikan itu, tetapi sebenarnya suhu rendaman air yang memainkan peranan dan bukannya ikan gaffa. -CARI |
prince_marhaen replied at 11-5-2022 09:57 AM
hahahaha meols pernah sama-sama terpengaruh dengan lilin telinga, koyok kaki tu (sebab kawan meols j ...
ezacbee replied at 28-8-2022 12:53 PM
Spek pinhole beli kat daiso. Tengok jelah lubang kecik tu.
Pelekat kaki tu ada beli sekotak. Pakai ...
babynina30 replied at 4-9-2022 08:02 AM
Sbnrnya dia mmg akan menjDi hitam ?
ADVERTISEMENT