CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Satu Kereta Auto Derhaka" - Anak Tahan Malu Tertinggal Mak Di Rumah Tetamu

9-5-2022 09:50 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3544| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Description: Kelihatan satu keluarga sedang bertolak pulang selepas selesai ziarah raya di rumah saudara mereka. Namun tanpa mereka sedar, mereka telah meninggalkan ibu mereka di rumah tetamu itu. Ketika itu, ibu ...
Sumber: Tiktok Mohd Muzamir


Walaupun Hari Raya tahun ini datang dalam keadaan 'mengejut', sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di seluruh negara kelihatan sangat meriah dengan sanak saudara selepas dua tahun diraikan dalam keadaan PKP. 

Sejak pengumuman Hari Raya tahun ini diawalkan, banyak perkara lucu yang dikongsikan netizen. Dari panik memasak juadah hari raya sehinggalah gelagat menyambut hari raya.

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai Mohd Muzamir menunjukkan satu keluarga sedang bertolak pulang selepas selesai ziarah raya di rumah saudara mereka. 


Namun, tanpa mereka sedar, mereka telah meninggalkan ibu mereka di rumah tetamu berkenaan. Ketika itu, ibu mereka sedang membungkus makanan. 


Yang membuatkan ramai terhibur adalah ahli keluarga yang berada di dalam kereta berkenaan langsung tidak menyedari ketiadaan ibu mereka sehinggalah mereka mendapat panggilan mengenai perkara itu.

Menurut perkongsian itu, anak-anak kepada wanita terbabit menyangka bahawa ibu mereka telah menaiki kereta lain. Nasib baik ketika itu mereka berada tidak jauh dari rumah berkenaan. Ketika mereka kembali untuk menjemput ibu mereka, kelihatan mereka sedang menahan malu sambil gelak berbahak-bahak. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terhibur apabila melihat gelagat ahli keluarga itu. Pelik, kan? Selalunya kita akan melihat situasi ibu atau ayah tertinggal anak, tapi kali ini lain pula ceritanya. - CARI

Sumber: Tiktok Mohd Muzamir


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawaiichicken 9-5-2022 11:29 AM
"kau buat2 record, aku buat2 tertinggal mak"
Quote ally9970 9-5-2022 02:57 PM
Kalau symber tiktok, toksah lah percaya...semua tu demi content bodoh
Quote Samerosie 9-5-2022 07:08 PM
Masing2 tak pakai seat belt.
Quote Belibis 9-5-2022 08:05 PM
Rumah tetamu hapooo..korang yg jadi tetamu kannnn
Quote musangbodoh 10-5-2022 11:13 AM
yang xmo bwk mak pak beraya pun ader okeyyy
Quote gekkou 10-5-2022 01:03 PM
serius la mak sendiri tertinggal
kalau pergi banyak kereta
mesti before naik tu check
kalau aku jerit2 dah bila tgk masa mai org ni ada
'A naik ngan sapa?' 'B naik kete mana?'
bile balik x ada dgn kita
mana boleh assume2


serius la...
Quote renko 12-5-2022 12:58 PM
cerita bodoh dari monyet2 tiktok ni jarang la betul
suma imaginasi rekaan je
Quote MelahJanda 24-8-2022 04:41 PM
aku selalu hairan kalau org suka bagi anak2 mereka naik naik je kereta sepupu ipar bagai time konvoi2 raya camni

aku masa anak kenit2, aku sentiasa pastikan mereka semua naik kereta aku. takleh naik sana sini kereta org..karang tertinggal...nayaaaa

haritu ipar aku ada kes, diorg pegi Nilai 3 dalam 4 kereta. pastu anaknya umur 4 dan 6 tahun disuruh naik dgn sepupu. pastu dah sampai Nilai semua dah lupa diri singgah sana sini.

last-last sampai kat Gombak baru ko terfikir kan, anak ko tah mana-mana kan. bodo. last2 budak tu tinggal kat Nilai. bodo ke bangang marilah kita fikirkan.
Quote white_musk 25-8-2022 10:41 AM
konvoi2 ramai2 ini sooooo yesteryears

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050030 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top