CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mulanya Hanya Ingat Keracunan Makanan Tapi..." – Anak Rozita Che Wan Dikejarkan Ke Hospital

10-5-2022 10:02 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 8553| Komen: 72|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Aniq Ezra


Baru-baru ini, anak kedua kepada pelakon popular Rozita Che Wan iaitu Aniq Ezra telah dimasukkan ke sebuah Hospital di Petaling Jaya, Selangor akibat demam denggi.

Kata Che Ta, pada mulanya dia hanya ingat anak keduanya itu mengalami keracunan makanan kerana mempunyai simpton demam, muntah dan cirit birit apabila pulang ke Kuala Lumpur pada raya ke-4. Apabila dibawa untuk pemeriksaan di hospital, doktor telah mengambil darah dan Aniq telah disahkan demam denggi dan terus dimasukkan ke dalam wad. 

Menurut Che Ta, selepas dimaklumkan perkara itu terus dia mengambil keputusan untuk pulang dari kampung halamannya di Alor Setar. Namun apabila diberitahu bahawa dia tidak boleh melawat anaknya di atas faktor risiko berjangkit, Che Ta telah bersetuju untuk tinggal beberapa hari lagi di Alor Setar. 


Sumber: Instagram Aniq Ezra

Che Juga berkata semalam baru dia diberikan kebenaran untuk melawat anaknya selepas diminta untuk kuarantin untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Buat masa ini, doktor masih memantau keadaan anaknya kerana Aniq mempunyai jumlah platelet darah yang rendah. 

Sama-sama kita doakan supaya Aniq diberi kesembuhan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 10-5-2022 10:32 AM
Che Ta kena beri anak dia minum sup ketam dn jus daun pepaya.  InsyaAllah akan sembuh. Anak I dulu kenan demam denggi, masuk wad, itulah yg I berikan dn 'obat' trs manjur.
Quote whimsicalmusic 10-5-2022 11:25 PM
Risiko bjangkit? Covid ke? Yg i tao denggi xbjangkit
Quote samshik 11-5-2022 12:54 AM
Jujurnya ada hikmah ank2 jantan die xda rupa.. If not mgkin lg berangan la deme ni berdua.. Xleh blah tgk gambor2 day olls yg acah2 kayo tarap ank pak2 muntri.. Sendiri claim young posh and talented gtiew...
Quote Fly_over 11-5-2022 01:11 AM
nolya replied at 10-5-2022 10:32 AM
Che Ta kena beri anak dia minum sup ketam dn jus daun pepaya.  InsyaAllah akan sembuh. Anak I dulu k ...

teringat mil sy kena denggi. sy buat sup ketam hari2. terus mil dpt penyakit baru. kolestrol tinggi
Quote nolya 11-5-2022 01:50 AM
Fly_over replied at 11-5-2022 01:11 AM
teringat mil sy kena denggi. sy buat sup ketam hari2. terus mil dpt penyakit baru. kolestrol tingg ...

Yg pi hirup sup ketam hari2 tu berapa hari. Lama benor ke demamnya dn banyak sangat ke minum sup ketam sampaikan cepat pula naik kolesterolnya. Ada minum jus daun papaya tak?  Anak I cuma duduk hospital dlm tiga hari je.  I beri dia sup ketam dn jus daun papaya tapi bertakarlah juge agar tidak 'overdose'.  Ambik banyak2 takut lain pulak jadinya
Quote nolya 11-5-2022 01:53 AM
samshik replied at 11-5-2022 12:54 AM
Jujurnya ada hikmah ank2 jantan die xda rupa.. If not mgkin lg berangan la deme ni berdua.. Xleh bla ...

Anak muda Che Ta ni masih blj atau dah kerja.  Cara bergaya tak kalah, bergaya sakan mcm celeb.
Quote _kelly 11-5-2022 02:00 AM
iols igt dulu anak2 cikta pandai jugak kan..result spm bagus2..skrg masih study atau dah kerja
Quote she 11-5-2022 03:13 AM
Fly_over replied at 11-5-2022 01:11 AM
teringat mil sy kena denggi. sy buat sup ketam hari2. terus mil dpt penyakit baru. kolestrol tingg ...

Macik nak tanya

Sup ketam nipah tu memang dorang tak siang buang selulit bawah perot tu dulu ke?

Ritu masa covid…macik ada order
Dia masak sekor2 terus
Hilang selera menengok macam tak bersih

Ke memang normal orang jual macam tu
Quote she 11-5-2022 03:14 AM
Malas nak bagi tips kat Nekta nih
Dia kan serba serbi pandai

Lopa versi kertu
Quote 3chanceno 11-5-2022 07:17 AM
samshik replied at 11-5-2022 12:54 AM
Jujurnya ada hikmah ank2 jantan die xda rupa.. If not mgkin lg berangan la deme ni berdua.. Xleh bla ...

Meols sokong komen uols nie  cuba cara macam2 pun tetap nampak tak hensem & selekeh
Quote makton 11-5-2022 07:25 AM
kemain lebat & tebal bulu dada budak jantan ni. klu kawin dgn dia susah jugak nak repair baka.
padan la mak nya memilih jantan masa nak kawin baru. dpt cekop mat saleh celop terus dpt baka helokkk
Quote mizruncing 11-5-2022 09:03 AM
baru tau denggi berjangkit
Quote lasagna 11-5-2022 09:08 AM
she replied at 11-5-2022 03:14 AM
Malas nak bagi tips kat Nekta nih
Dia kan serba serbi pandai

aihhhh sheol kan terpaling.. so chuols xyh brkata apa2 utk tips yaa.
Quote chocobozhere 11-5-2022 09:11 AM
Anak anak lelaki dia memang kurang rupa kan.. Tapi tengok macam mirip emaknya.. Entahlah
Quote damian_lee 12-5-2022 06:22 AM
nolya replied at 10-5-2022 02:32 AM
Che Ta kena beri anak dia minum sup ketam dn jus daun pepaya.  InsyaAllah akan sembuh. Anak I dulu k ...

daun jus pepaya sebenarnya tak elok di ambil time denggi
sebb daun jus papaya boleh merosakkan fungsi hati

dari pengalaman sendiri

sup2 dan jus2 sbnrnya membantu dalam menambahkan liquid dalam badan

sbb itu bila sakit denggi ni
kita kena pastikan minum yang cukup
and kita kena pantau warna air kencing dan berapa liter kita kencing

ubat paling mujarab sbnrnya adalah air

itu nasihat doctor time aku kena denggi
Quote damian_lee 12-5-2022 06:27 AM
mizruncing replied at 11-5-2022 01:03 AM
baru tau denggi berjangkit

eh betul ke denggi berjangkit?
aku pestime juga dengar
time xde kobid2 ni kalau ward denggi ramai ke keluarga and sedara mara datang

mungkin dia refer to takut ada yang kena covid
risau dia terjangkit
sbb paragraph lepas tu dia cite pasal covid
Quote royaldanish 12-5-2022 07:37 AM
nolya replied at 10-5-2022 05:53 PM
Anak muda Che Ta ni masih blj atau dah kerja.  Cara bergaya tak kalah, bergaya sakan mcm celeb.

bergaya sakan pastu jam2 mahal banyak yg palsu
Quote Mamioomami 12-5-2022 08:24 AM
Laki aku denggi minum jus betik langsung drop platlet. Biras aku la punya idea tu. Aku jugak yang mengadap dari wad biasa pegi ke observation ward.
Quote adelea 12-5-2022 08:46 AM
chocobozhere replied at 11-5-2022 09:11 AM
Anak anak lelaki dia memang kurang rupa kan.. Tapi tengok macam mirip emaknya.. Entahlah

yer mirip maknyaa ..
versi lelaki gitu ...

ecah tu pon dah besar nanti rupa sasha saidin .
sbb sasha masa kecik2 rupa macam ecah sebijik

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037762 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top