CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Anak Sihat, Nad Zainal Bawa Anak Rawat Ekzema Di Tapah

10-5-2022 09:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4906| Komen: 26|Original author: Tatod


Pelakon kecil molek yang kini popular dengan rantaian Dendam Seorang Isteri, Nad Zainal sanggup menempuh jarak perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Tapah, Perak demi kesihatan anak keduanya, Budi Kalsom yang menghidap masalah ekzema.

Aktres dengan nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin itu nekad membawa anaknya yang berusia setahun itu ke sebuah klinik di sekitar Tapah selepas ada seorang individu yang berkongsi cerita mengenai anaknya yang turut sama menderita masalah kulit namun kini bebas ekzema selepas mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.


Menerusi Instagram, kata Nad, individu berkenaan ditemuinya secara tidak sengaja ketika singgah dia singgah sebentar Tasik Titiwangsa untuk bersenam. Orang yang digelarnya sebagai hamba Allah itu mendedahkan anaknya hampir kehilangan kaki akibat masalah ekzema kronik.


"Kata hamba Allah itu, anaknya ketika bayi mengalami masalah ekzema kronik sehingga bernanah. Kakinya naik hancur akibat ekzema sehingga doktor memberi amaran jika tidak ditahan di hospital, kaki boleh dipotong.

"Sekarang, anaknya sudah besar. Semalam ada jumpa, anaknya dah sekolah rendah dan bebas ekzema. Dulu dia tiada kereta tapi sanggup naik bas kerana orang lain kata Klinik Jaya bagus. 

"Buat kakak tersebut, ia berakhir dengan kegembiraan sebab anaknya dah bebas ekzema. Sempat dia tunjuk kesan parut lama akibat digaru. Saya pun kagum jadi tak ada berlengah, bawa Som ke sini," katanya.


Nad turut berkongsi rasa puas hatinya terhadap layanan doktor dan jururawat yang bertugas di klinik berkenaan. Walaupun klinik terbabit hanyalah terletak di sebuah pekan kecil namun perkhidmatan yang ditawarkan serta pemeriksaan kesihatan setanding dengan pusat perubatan ternama.



"Selalunya penerangan yang diberikan doktor cuma sekitar lima hingga 10 minit tapi di sini lama betul. Doktor siap periksa guna lampu, sapukan antibiotik, beri risalah dan berbual panjang. 

"Kos rawatan mengikut tahap ekzema. Doktor kata, keadaan Som tidaklah teruk cuma jangan dibiarkan sehingga melarat," katanya lagi.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mendeluk 10-5-2022 12:04 PM
Eczema ini memang leceh. Paling berkesan try pakai gula warna pink itu , gula ke garam iols lupa pastu tepek kat eczema
Quote kakakko 10-5-2022 12:08 PM
Moga cepat sembuh som.
Quote _kelly 10-5-2022 12:13 PM
takde apa la yg boleh cure eczema kecuali jaga makan..paling jahat gula dan dairy food tu..susu, cheese segala tu takyah la ambik memang trigger kaw2
Quote margo20 10-5-2022 12:17 PM
I ada eczema waktu sekolah dulu pernah smpai ketiak i berkuping smpai tak bole pakai deodorant. Pastu masuk keje duk tempat berhabuk dkt pergelangan kaki pulak kena sampai bila nk berjalan tu pedih sbb kaki berlipat kan. Now dh ok cuma ada sikit sikit dkt jari.
Quote Thunderclouds 10-5-2022 04:14 PM
Klinik yindia si nad ni p serata meleisia mai. Kuat tau ubt steroid baik sapu & yg kna mkn dia bg. I sendri pn nyaris2 sipi2 nk mhala ke tapah bwk ank i yg bongsu dlu. Tp jumpa ubt tcm yg works like magic wpun modal ribu riban tp alhamdulillah dh xdak eczema smpai lani. Moga dpermudahkn urusan ya nad..i understand the feeling
Quote MelahJanda 10-5-2022 04:55 PM
lah aku pun bawak anak ke klinik jaya ni 2019. dia ekzema juga

baik dah penyakitnya pun...
Quote stania83 10-5-2022 05:41 PM
sama je ubat klinik jaya dgn hospital kerajaan iols dah pi. kena ikut regime steroid dan anti histamine.kalau teruk ambik antibiotic
Quote borrow 10-5-2022 05:47 PM
Doc ni siang kat Tapah , petang/mlm kat ipoh. Mmg gigih heols. Setakat ni klo kena eczema teruk ,mmg pergi jumpa heols la. Klo tidak tak vley tido
Quote al-tapahi87 10-5-2022 06:52 PM
famous la tempat i lepas ni.....
Quote meah_kelabu 11-5-2022 09:00 AM
ade satu lg klinik dkt tangkak. Klinik Specialist Wong
yang tu lg rare
boleh cari dkt fb
setakat ni anak buah sorg ade g, doc ni dia kaji dr segi apa makanan or bahan mcm sabun ke yg kite kene elak. so kene pantang kaw2 list yg doc ni bg.

kesian tgk parent yang ada anak ekzema ni. membe sorg berhabis beribu tiap2 bulan beli ubat anak
Quote mendeluk 11-5-2022 09:43 AM
meah_kelabu replied at 11-5-2022 09:00 AM
ade satu lg klinik dkt tangkak. Klinik Specialist Wong
yang tu lg rare
boleh cari dkt fb

Eczema ini kalau nak berkesan kena rajin mandi. Pastu letak lah gula yang warna pink itu yang jenis kasar. Sabun memang tak boleh pakai. Nak pakai , pakai sabun sebamed ke apa yg kat pharmacy
Quote mizruncing 11-5-2022 09:50 AM
meah_kelabu replied at 11-5-2022 09:00 AM
ade satu lg klinik dkt tangkak. Klinik Specialist Wong
yang tu lg rare
boleh cari dkt fb

yg ni member meols ade pegi. sanggup ke sana jauh2. dia kata ok gak ubatnya. tp 500 gak kena. pas tu ubat dh habis dia nak ke sane lagi. pasal klinik jaya ni pon baru tau. suh dia pegi sini la lepas ni dekat sikit
Quote Prickford 11-5-2022 09:53 AM
Sheolls masih bersama laki bewak sheolls tu ke? Kata laki bewak sheolls tu dah jadi manager sheolls. Cuma jarang dah nampak sheolls update gambar laki bini.
Quote orkid_amani 11-5-2022 10:03 AM
meah_kelabu replied at 11-5-2022 09:00 AM
ade satu lg klinik dkt tangkak. Klinik Specialist Wong
yang tu lg rare
boleh cari dkt fb

Klinik ni mmg viral kn dulu  utk org eczema tak kira org tua budak yg p mmg cakap puas hati dgn service & ubt..rega pun mampu milik
Quote DARSITA 11-5-2022 10:04 AM

Jaga makan dan pilih sabun mandi yang sesuai - lepas itu jangan mandi lama lama (or guna air terlalu panas).
Quote hungryhenry 11-5-2022 11:43 AM
Edited by hungryhenry at 11-5-2022 05:12 PM

Ai cuma nk ckp ruper nad zainal amat berlainan yach. Wondering apekah alteration atau suntikan yg dibuat?
Quote naina 11-5-2022 12:01 PM
_kelly replied at 10-5-2022 12:13 PM
takde apa la yg boleh cure eczema kecuali jaga makan..paling jahat gula dan dairy food tu..susu, che ...

Agree. Ekzema ni masalah dari dalam. Dalaman xkuat imunisasi lemah maka badan akan react makanan2 yang xleh diterima usus. Jadi toksin. Keluar lah ke kulit dipanggil ekzema. Ia bermula biasanya dari mengandung lagi. Mak2 ni masa ngndung banyakkan makan berkhasiat ya..kalau tak maka lahirlah anak yang macam2 masalah kesihatan.
Quote naina 11-5-2022 12:06 PM
Masa baby bawah setahun anak i ada ekzema. Teruk jugak. Celah2 pelipat habis merah2 berair. Masa tu takda ilmu lagi..pg sana sini klinik..cube itu ini..last treatment pergi doktor ko yang femes tu. Sekali rawatan rm200++. Memang baik tapi kejap jer kalau tak sapu naik balik..sampai la i cari gali ilmu join group sana sini..baru faham. Rupa2nya xguna yach sapu2 ni kalau makan tak jaga. Means ada jugak buah2 dan sayur2 yang boleh trigger ekzema ni. Ada yang nasi pun xleh makan yang Dr beras biasa..
Alhamdulillah anak iols bebas sebelum umur 3 tahun. Struggle sangat nak proses withdrawel steroid tuuuu
Quote mamajawie 11-5-2022 12:47 PM
iollss masa anak 1st ri tu kena ekzema..pakai sebamed n cetaphil baby tu mula2 je ok last2 pakai qv baby thick cream & remdii..tapi remdii tu harga nauzubillah lagi2 tang losyen dia last2 iollss stick to qv baby je

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075640 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top