Sibuk dengan jadual kerja sebagai anak seni, pelakon Joey Daud ada cara tersendiri bagi memastikan tugas sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga tidak terabai.
Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata, dia dan isteri iaitu pelakon Watie Sadali akan duduk berbincang dan menyusun jadual kerja mereka dengan baik. “Saya tidak akan terima sebarang tawaran kerja dengan sesuka hati. Sebagai ketua keluarga saya harus bijak untuk imbangkan antara kerja dan juga tugas di rumah. “Jadi sebelum menerima tawaran atau keluar berkerja, saya akan duduk brainstorming dahulu dengan isteri. Kami akan bincang untuk sesuatu kerja itu berapa lama akan keluar rumah dan susun jadual dengan baik.
“Syukur saya dikurniakan isteri yang sangat memahami dan tahu menjaga rumah tangga. Saya juga ada pembantu peribadi yang akan ikut ke mana-mana jika bekerja. Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi,” katanya kepada mStar.
|
sleepandream replied at 9-5-2022 01:14 PM
cantik wife heols...
suka tgk lukisan2 mural heols
Lentera replied at 9-5-2022 04:02 PM
Bini dia ni bukan ke watie elite? Apesal nampak lain pulak
Emilyyyyy replied at 9-5-2022 04:05 PM
Watie dari zaman Elite memang lawa.
sleepandream replied at 10-5-2022 02:22 AM
kekdahnyer...
theyols kawin ada anak ke chuols?
Meiizu replied at 9-5-2022 04:37 PM
Pcubaan wati menumpang tuah slepas imej tercalar teruk
ADVERTISEMENT