Tapi setakat ini, kesahihan laporan begini, masih tidak dapat dibuktikan berikutan ada kemungkinan kebanyakan negara akan cuba merahsiakan perkara seumpama ini demi kepentingan negara masing-masing. Jarang mereka akan menyebarkan secara teliti maklumat samada pring UFO diperolehi atau UFO terbabit ditangkap? Baru-baru ini, negara kita juga ada laporan mengenai wujudnya piring UFO di jambatan yang menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dengan Pulau Pinang pada Ahad lalu sekitar pukul 7 malam.
Gambar piring UFO yang dikatakan bersaiz besar sehingga mampu menutup jambatan berkenaan sempat dirakam oleh Mahmood Hamid dengan telefon bimbit. Difahamkan ketika itu dia sedang bersama kawannya berada di atas jambatan itu untuk menyaksikan keindahan pemandangan matahari benam. Sementara itu, terdapat juga video yang merakamkan 10 objek bercahaya berterbangan di ruang udara Osaka ini telah mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia. Menerusi rakaman video amatur oleh seorang individu di bandar pelabuhan Osaka, Jepun ini, rata-rata netizen mendakwa objek berkenaan adalah kapal yang dimiliki oleh makhluk asing. Sahih atau tidak dakwaan itu, masih tiada bukti kukuh yang dapat merungkai bahawa 10 objek bercahaya itu adalah kapal makhluk asing. Di luar angkasa yang begitu luas ini, tak mustahil terdapat juga kehidupan lain dan diharapkan lawatan makluk asing terbabit bukanlah berniat jahat tapi sebaliknya untuk menjalin persahabatan dengan kita di Bumi. - CARI Infonet
|
22
Bagus |
18
Marah |
27
Terkejut |
9
Sedih |
31
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ipo replied at 31-7-2015 05:36 PM
saya dah tengok kat facebook video ni..
gigih duk kira...ada 10 semuanya... benda putih terban ...
ADVERTISEMENT