CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Diarak Dengan Sepanduk 'Saya Berzina Di Bulan Ramadan'

5-5-2022 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2156| Komen: 9

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang kekasih diarak di jalan raya selepas ditangkap berzina pada bulan Ramadan lalu, lapor laman berita Suara.com.


Video dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official itu memaparkan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans berjalan sambil menolak motosikalnya. 


Kredit foto: IG @ndorobei.official

Sementara itu, seorang wanita dikatakan kekasihnya, memegang tangan lelaki berkenaan ketika berjalan bersama-sama sambil menundukkan kepala kerana malu.

Leher pasangan itu masing-masing digantungkan kadbod dengan tulisan ‘Saya berzina pada bulan Ramadan’. 


Ketika kejadian, rombongan penduduk kelihatan mengarak mereka melalui jalan-jalan di sekitar perumahan berkenaan. Lokasi kejadian tidak didedahkan. 


Kredit video: IG @ndorobei.official

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen yang sebahagian daripadanya tidak bersetuju dengan tindakan penduduk terbabit.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 5-5-2022 03:11 PM
apabila orang agama " mencipta undang undang yang konon lebih baik dari undang undang tuhan . paderi zaman kegelapan ke, lebai ke .2× 5
Quote salimrock 5-5-2022 03:21 PM
sedap betul ko malu kan orang ye... ikut hukum syarie sebat je... bukan mcm ni siap rakam sekali
Quote Skuau 5-5-2022 04:39 PM
eh!...tau plak malu-
Quote pooh~key 5-5-2022 04:42 PM
angelofish replied at 5-5-2022 03:11 PM
apabila orang agama " mencipta undang undang yang konon lebih baik dari undang undang tuhan . paderi ...

Tahniah sis. Sesungguhnya engkau seorang pemikir mana yang baik mana yang buruk sis. Otak kau berfungsi dengan baik sis.
Quote bakingsoda 5-5-2022 08:45 PM
bukan berzina tapi berjinah
Quote makita 5-5-2022 09:54 PM
Ala kesian. Org lain pin berzinah jugak. Tapi aib tertutup.
Quote umbut 6-5-2022 08:46 AM
Seronok ye malukan org. Jadi keseronokan atas alasan agama. Yg blkg2 tu suci murni maksum lah konon
Quote batu kikir 6-5-2022 09:13 AM
Jadi selepas dimalukan.......apakah penzina2 tersebut telah diampun dosanya olih Allah SWT atau wajib disebat 100 kali setiap sorang?
Soklan yg agak serupa........selepas direjam sehingga mati, apakah penzina telah lepas siksaan diakhirat.  Kalau tetap kena siksaan........then kenapa cabut nyawa orang?
Quote dubuk 6-5-2022 11:07 AM
bagi dubuk masa tiga bulan untuk fikir

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057203 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top