Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang kekasih diarak di jalan raya selepas ditangkap berzina pada bulan Ramadan lalu, lapor laman berita Suara.com.
Video dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official itu memaparkan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans berjalan sambil menolak motosikalnya.
 Kredit foto: IG @ndorobei.official
Sementara itu, seorang wanita dikatakan kekasihnya, memegang tangan lelaki berkenaan ketika berjalan bersama-sama sambil menundukkan kepala kerana malu.
Leher pasangan itu masing-masing digantungkan kadbod dengan tulisan ‘Saya berzina pada bulan Ramadan’.
Ketika kejadian, rombongan penduduk kelihatan mengarak mereka melalui jalan-jalan di sekitar perumahan berkenaan. Lokasi kejadian tidak didedahkan.
Kredit video: IG @ndorobei.official
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen yang sebahagian daripadanya tidak bersetuju dengan tindakan penduduk terbabit.
Sumber: Kosmo |