CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hancur, Tangan Kudung Angkara Bebola Belerang Meletup

29-4-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3040| Komen: 26

Kuala Berang: "Sekiranya difikirkan balik memang menyesal kerana tindakan memampatkan belerang dalam kertas surat khabar menyebabkan saya hilang pergelangan tangan kanan apabila ia meletup dalam kejadian 30 tahun lalu," kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Mat Yie.


Menurutnya, sebelum kejadian itu dia mengambil segulung bunga api dan membuang kulitnya untuk mendapatkan belerang dan ditumbuk lalu di masukkan ke dalam kertas surat khabar.


Foto: Harian Metro

"Pada hari kejadian saya membaling bebola belerang itu ke dalam sungai dengan mengikatnya dengan sebiji batu.

"Nasib saya tidak baik, bebola belerang itu timbul ke permukaan sungai dan saya mengambilnya kembali kerana menyangkakan sumbunya terpadam," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, sejurus selepas itu bebola belerang itu meletup di tangan kanannya hingga mengakibatkan tapak tangannya hancur.

Katanya, kejadian berlaku beberapa hari selepas Aidilfitri ketika dia berusia 14 tahun dan tragedi itu amat menginsafkan dirinya kerana dia kini bergelar orang kurang upaya (OKU) cacat anggota.

Mat Yie yang kini sudah berusia 44 tahun berkata, sekarang kanak-kanak bermain terutama mercun bola, botol dan telur yang dianggap berbahaya kerana sumbunya dengan nyala dengan pantas dan boleh memudaratkan anggota badan sekiranya meletup.

"Saya sendiri trauma melihat mercun bola dan mercun-mercun lain yang berbahaya dan tidak sesekali akan mencucuh mercun yang berbahaya seperti itu kerana saya amat menghargai sebelah lagi tangan yang ada untuk melakukan pelbagai pekerjaan.

"Saya mahu menasihati remaja di luar sana supaya menjadikan kisah saya yang kehilangan tangan akibat bermain belerang yang dimampatkan hingga meletup sebagai pedoman.

"Sebelum bermain mercun, fikir masak-masak kerana impak letupan mercun boleh menyebabkan seseorang cacat kekal," katanya.

Menurutnya, ibarat pepatah 'terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya' dan ia amat sesuai dalam kejadian yang menimpanya hingga terpaksa berhenti sekolah selepas kejadian itu.

Katanya yang kini melakukan kerja kampung berkata, letupan yang kuat itu turut menjejas telinganya apaabila mengeluarkan nanah beberapa bulan selepas kejadian itu.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 29-4-2022 02:22 PM
cash la kan..a.k.a padan muka
Quote domestobot 29-4-2022 03:07 PM
kenapa tak buat lagi, kan ilmu dan kenangan tu. ilmu harus diwarisi kekdahnya
Quote Nnoor2 29-4-2022 03:13 PM
Tapi masih ramai yg x sedar2 diri....seumur hidup aku x pernah teringin nk belikan anak2 bunga api apatah lagi mercun....anak2 pun dah besar ni pun dan  x de teringin benda2 tu...
Quote Skuau 29-4-2022 03:20 PM
semoga diciptakan..'apps bunyi mercun'....nk dongar bunyi mercun..buka jer kt tepon memasing...
Quote TeropongThaico 29-4-2022 04:11 PM
Malas komen, kang markah posa eden negative lak
Quote hayrin86 29-4-2022 04:29 PM
Nnoor2 replied at 29-4-2022 03:13 PM
Tapi masih ramai yg x sedar2 diri....seumur hidup aku x pernah teringin nk belikan anak2 bunga api a ...

Kan.. Molek la tuh, main mercun dah dikira ketinggalan zaman dah, dalam zaman IT nih..

Quote Artemesiaa 29-4-2022 04:32 PM
Menyesal kemudian tak berguna
Quote Samerosie 29-4-2022 04:36 PM
domestobot replied at 29-4-2022 03:07 PM
kenapa tak buat lagi, kan ilmu dan kenangan tu. ilmu harus diwarisi kekdahnya

Katanya sbb sekarang dah appreciate satu tangan lagi sbb boleh buat pelbagai kerja... cara ckp pun dah tau iq camne.
Quote Prickford 29-4-2022 04:39 PM
Motip kau baling dalam sungai??? Nak letupkan ikan2 ke??
Quote bulalof 29-4-2022 04:40 PM
kesiannnnnnnnnnnnnnn
Quote Nnoor2 29-4-2022 04:54 PM
hayrin86 replied at 29-4-2022 04:29 PM
Kan.. Molek la tuh, main mercun dah dikira ketinggalan zaman dah, dalam zaman IT nih..

Eh yela..betul tu apa yg hayrin tulis...kira ketinggalan zaman main2 mercun bunga api ni
Quote imransulaiman 29-4-2022 06:19 PM
Tahun ni dah ada kes ke belum? Tak dengar berita lagi.. Semoga takde lah ye.. Aaamiin
Quote Perawankota 30-4-2022 06:03 AM
Aku kecik2 dulu berani main bunga api ni.. Tapi ada sekali tu, aku main mercun gasing.. Sekali dia berpusing termasuk celah jari kaki aku.. Menjerit masa tu.. Nasib tak teruk. Kesan kt jari pon dh x nmpk. Lepas daripada tu, terus takut main..
Quote hayrin86 30-4-2022 09:00 AM
Nnoor2 replied at 29-4-2022 04:54 PM
Eh yela..betul tu apa yg hayrin tulis...kira ketinggalan zaman main2 mercun bunga api ni

Kan, lebih-lebih lagi zaman Internet yang sudah meluas dengan adanya komputer, smartphone dan tablet.. I pun tak minat main mercun dan bunga api yang memudaratkan itu..

Quote Nnoor2 30-4-2022 09:04 AM
hayrin86 replied at 30-4-2022 09:00 AM
Kan, lebih-lebih lagi zaman Internet yang sudah meluas dengan adanya komputer, smartphone dan tabl ...


[youtube]lv1wSC--stk[/youtube]


Tula pasal....BTW selamat menyambut hari raya Hayrin...maaf zahir dan batin
Quote kepompong 30-4-2022 09:21 AM
Perawankota replied at 30-4-2022 06:03 AM
Aku kecik2 dulu berani main bunga api ni.. Tapi ada sekali tu, aku main mercun gasing.. Sekali dia b ...

omg .. nasib masa tu berdiri… kalau cangkung/duduk, masuk ceah kain pelikat
Quote kepompong 30-4-2022 09:23 AM
i ada sorang kawan… mmg jari2 tak cukup drp lahir. nak kata oku tak la. sbb parents dia tkde apply oku card pun. & dia sekolah macam biasa, keje macam biasa. tkde specialnya dia dgn jari tkde tu.

kalau dia jumpa budak2 main mercun bunga api, dia akan ckp kat budak2 tu “haa main la mercun … nanti tgn jadi macam ni” sambil tunjuk tangan yg tkde jari
Quote MissVixen 30-4-2022 11:38 AM
Selalu melayu je yang putus tangan. Kaum lain takde pulak dengar. Padehal yang diorang pakai lagi besar mercun nya.
Quote Samerosie 30-4-2022 12:03 PM
imransulaiman replied at 29-4-2022 06:19 PM
Tahun ni dah ada kes ke belum? Tak dengar berita lagi.. Semoga takde lah ye.. Aaamiin

Ada dah.  Org belah2 sana gak budak habis jari hancur, haritu ada thread.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.171935 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top