Kuala Berang: "Sekiranya difikirkan balik memang menyesal kerana tindakan memampatkan belerang dalam kertas surat khabar menyebabkan saya hilang pergelangan tangan kanan apabila ia meletup dalam kejadian 30 tahun lalu," kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Mat Yie.
Menurutnya, sebelum kejadian itu dia mengambil segulung bunga api dan membuang kulitnya untuk mendapatkan belerang dan ditumbuk lalu di masukkan ke dalam kertas surat khabar.
Foto: Harian Metro
"ada hari kejadian saya membaling bebola belerang itu ke dalam sungai dengan mengikatnya dengan sebiji batu.
"Nasib saya tidak baik, bebola belerang itu timbul ke permukaan sungai dan saya mengambilnya kembali kerana menyangkakan sumbunya terpadam," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Menurutnya, sejurus selepas itu bebola belerang itu meletup di tangan kanannya hingga mengakibatkan tapak tangannya hancur.
Katanya, kejadian berlaku beberapa hari selepas Aidilfitri ketika dia berusia 14 tahun dan tragedi itu amat menginsafkan dirinya kerana dia kini bergelar orang kurang upaya (OKU) cacat anggota.
Mat Yie yang kini sudah berusia 44 tahun berkata, sekarang kanak-kanak bermain terutama mercun bola, botol dan telur yang dianggap berbahaya kerana sumbunya dengan nyala dengan pantas dan boleh memudaratkan anggota badan sekiranya meletup.
"Saya sendiri trauma melihat mercun bola dan mercun-mercun lain yang berbahaya dan tidak sesekali akan mencucuh mercun yang berbahaya seperti itu kerana saya amat menghargai sebelah lagi tangan yang ada untuk melakukan pelbagai pekerjaan.
"Saya mahu menasihati remaja di luar sana supaya menjadikan kisah saya yang kehilangan tangan akibat bermain belerang yang dimampatkan hingga meletup sebagai pedoman.
"Sebelum bermain mercun, fikir masak-masak kerana impak letupan mercun boleh menyebabkan seseorang cacat kekal," katanya.
Menurutnya, ibarat pepatah 'terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya' dan ia amat sesuai dalam kejadian yang menimpanya hingga terpaksa berhenti sekolah selepas kejadian itu.
Katanya yang kini melakukan kerja kampung berkata, letupan yang kuat itu turut menjejas telinganya apaabila mengeluarkan nanah beberapa bulan selepas kejadian itu.-CARI
Post time 29-4-2022 03:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi masih ramai yg x sedar2 diri....seumur hidup aku x pernah teringin nk belikan anak2 bunga api apatah lagi mercun....anak2 pun dah besar ni pun dan x de teringin benda2 tu...
Post time 30-4-2022 06:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku kecik2 dulu berani main bunga api ni.. Tapi ada sekali tu, aku main mercun gasing.. Sekali dia berpusing termasuk celah jari kaki aku.. Menjerit masa tu.. Nasib tak teruk. Kesan kt jari pon dh x nmpk. Lepas daripada tu, terus takut main..
Kan, lebih-lebih lagi zaman Internet yang sudah meluas dengan adanya komputer, smartphone dan tablet.. I pun tak minat main mercun dan bunga api yang memudaratkan itu..
Post time 30-4-2022 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
i ada sorang kawan… mmg jari2 tak cukup drp lahir. nak kata oku tak la. sbb parents dia tkde apply oku card pun. & dia sekolah macam biasa, keje macam biasa. tkde specialnya dia dgn jari tkde tu.
kalau dia jumpa budak2 main mercun bunga api, dia akan ckp kat budak2 tu “haa main la mercun … nanti tgn jadi macam ni” sambil tunjuk tangan yg tkde jari