Beberapa potongan video kes perbicaraan dakwaan keganasan rumah tangga terhadap Amber Heard oleh bekas suaminya, Johnny Depp tular di media sosial.
Kes yang kini dibicarakan di Fairfax County Circuit Courthouse di Virginia, Amerika Syarikat membongkar beberapa perkara mengenai kisah silam Depp dan Amber sewaktu mereka bergelar suami isteri. Menjawab pertuduhan tersebut, pelakon berusia 59 tahun itu menyelarnya sebagai sesuatu yang ‘keji dan mengganggu’, kemudian mengakui dia tidak pernah memukul Amber atau mana-mana wanita lain sepanjang hayatnya.
Menerusi video perbicaraan itu, seorang pakar bahasa tubuh, Janine Driver, sempat menganalisa bahasa tubuh bekas pasangan suami isteri itu. Bercakap kepada Court TV, pakar tersebut menganalisis perincian-perincian kecil pada kelakuan Amber serta Depp yang penonton mungkin terlepas pandang. Ketika mendengar semula rakaman audio mahkamah, Janine mendakwa Amber banyak menunjukkan sifat ‘kebencian’. Tambah Janine lagi, dia pernah melihat riak wajah yang lebih kurang sama ketika menontot kembali kes perbicaraan mahkamah yang lebih kurang sama seperti kes Casey Anthony, Jodi Arias, dan Anthony Weiner. Janine juga berkata, kebencian adalah salah satu daripada tujuh emosi sejagat yang tidak dapat disorok dari riak wajah. Selain itu, Amber juga dilihat banyak kali menyentuh mukanya. Menurut Janine, pergerakan tersebut ada satu perkara semula jadi yang akan dilakukan manusia sekiranya berada di dalam tekanan atau keresahan. Dalam pada itu, bagi Johny pula, Janine berkata dia banyak kali tersenyum sekiranya diminta untuk memberi keterangan, terutama sekali pada waktu-waktu tegang atau yang tidak selesa bagi Johny. Bila dikaitkan dengan penderaan yang pernah Johny alami sewaktu kecil, ada penjelasan saintifik kepada reaksi yang diberikan. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT