CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dian Sastro Syukur Jadi Mualaf, Pernah Anggap Islam Kejam

26-4-2022 04:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2893| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Peminat kepada aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo pasti sedia maklum bahawa wanita berkenaan adalah seorang mualaf. Wanita berusia 40 tahun itu dulunya beragama Katolik namun memeluk Islam ...

Peminat kepada aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo pasti sedia maklum bahawa wanita berkenaan adalah seorang mualaf. Wanita berusia 40 tahun itu dulunya beragama Katolik namun memeluk Islam sekitar 20 tahun lalu. 

Lebih sedekad bergelar muslimah, Dian kemudian terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai perjalanannya mempelajari banyak agama sebelum akhirnya dia memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Berdasarkan laporan Vica.co.id yang memetik kenyataan daripada siaran di saluran YouTube, pelakon yang terkenal dengan watak Cinta dalam filem Ada Apa Dengan Cinta itu sempat mengenali agama Buddha dan Hindu.


"Saya membesar dalam keluarga Katolik. Tetapi saya mempunyai keinginan untuk mengenal pelbagai jenis agama lain. 


"Jadi, saya ambil tahu dan belajar agama Buddha dan Hindu sehingga yang terakhir saya bertemu guru untuk mendalami Islam.

"Dulu saya anggap Islam itu agama yang kejam. Tetapi, selepas saya bertemu guru agama dan mengenal serta mendalami Islam, ternyata Islam itu tidak kejam tetapi penuh dengan cinta," katanya.

Memahami pegangan agama Islam, Dian kemudian membuat keputusan untuk memeluk Islam. Perkara pertama yang dipelajarinya adalah cara solat serta mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya mengucap kalimah syahadah seterusnya belajar solat pada malam Israk dan Mikraj pada 2002. Mulanya saya risau penerimaan keluarga sekiranya mereka tahu saya sudah memeluk Islam.


"Malahan, ramai juga yang beranggapan saya memeluk Islam kerana pada ketika itu saya bercinta dengan kekasih yang beragama Islam. Bagaimanapun, saya menilai apa yang ada dalam hati dan yakin serta tidak takut dengan keputusan itu," katanya.

Walaupun bergelar mualaf namun Dian sentiasa menjalani ibadah termasuk khatam Al-Quran setiap kali bulan Ramadan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 26-4-2022 06:02 PM
bosannnn...aku dgn penatttt......
Quote Nham22 26-4-2022 06:05 PM
Cantik handbag die..sesuaiiiii
Quote zarulnazmi 26-4-2022 06:14 PM
musangbodoh: bosannnn...aku dgn penatttt......


Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?
Quote Thunderclouds 26-4-2022 06:26 PM
zarulnazmi replied at 26-4-2022 06:14 PM
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

Sepi sepi dan sendiri aku benci
Quote SonicSiLandak 26-4-2022 08:21 PM
suruh buang kulup kulit tu pun kejam ke?? kotor khuennnnnnnnnnnnnnnzzzzzzzzz
Quote zarulnazmi 27-4-2022 01:34 AM
Thunderclouds replied at 26-4-2022 06:26 PM
Sepi sepi dan sendiri aku benci

Seperti berjelaga jika ku sendiri
Quote inspektoremos21 27-4-2022 05:16 AM
So masa dia couple dgn malique tu dia dah masuk islam la ehh.?
Quote elzy 27-4-2022 08:11 AM
Semoga terus istiqomah..
Quote cm_vungtau 29-4-2022 12:11 AM
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Quote kakakko 29-4-2022 10:00 AM
Mualaf lagi ke kalau dah 20 tahun..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.106606 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top