CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu 'Satu Hari Di Hari Raya' Buat M.Nasir Kenang Momen Manis Dengan Bapa

29-4-2022 12:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2295| Komen: 16|Original author: Tatod


Hanya beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Aidilfitri, maestro muzik terkenal, Datuk M.Nasir meluahkan rasa rindu terhadap keluarganya yang ada di Singapura terutama selepas pemergian arwah bapanya, Mohamed Sam yang meninggal dunia pada Januari tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, ketika ayahnya pergi menghadap Ilahi, dia tidak dapat pulang ke Singapura kerana pintu sempadan negara masih ditutup akibat pandemik Covid-19.

"Kali terakhir saya berpeluang jumpa dengan arwah bapa adalah dua tahun lalu. Tetapi, baru-baru ini saya ada pulang menziarahi anggota keluarga yang lain.


"Ibu saya pun sudah berusia 90-an dan semakin uzur. Terlalu banyak yang saya fikirkan sebab saya hanya ada adik-beradik di sini, keluarga lain semua di Singapura," katanya.


Tambahnya lagi, dia sangat menghargai sambutan Aidilfitri pada tahun ini kerana dapat mereka sekeluarga dapat pulang ke Singapura meraikan hari raya selepas dua tahun tak dapat berbuat sedemikian.

Sukar menyembunyikan emosinya, M.Nasir mendedahkan dia terlalu rindukan kenangan bersama arwah bapa dan suasana Aidilfitri ketika membesar di Kota Singa itu.

"Banyak kenangan bersama arwah bapa. Dia tak garang tetapi seorang yang serius dan tak banyak cakap. Dia juga sangat berdisiplin sebab kerja bomba. Apa yang paling saya ingat, arwah pernah sebat saya kerana nakal tapi saya tahu dia sayangkan saya.


"Arwah bapa rajin ke masjid dan selalu jadi imam pada bulan Ramadan. Saya pula selalu mengikuti dia ke masjid," kata M.Nasir mengimbas kenangan di Singapura.

Dalam perkembangan lain, M.Nasir bakal mengadakan konsert Satu Hari Di Hari Raya yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 27 Mei hadapan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajuli 29-4-2022 10:01 PM
Kalau dia ni tiket mahal pun ok ,orang tak kecoh, byk lagu dia cipta dan produce sejak zaman Alleycats lagi, lagu pun bermacam genre dari rock kapak, keroncong ,irama Malaysia semua ada
Quote September14 29-4-2022 10:46 PM
Lgu 1 hari d hari raya lgu raya plg aku suka.. no. 1
Quote SonicSiLandak 29-4-2022 11:13 PM
Jajuli replied at 29-4-2022 10:01 PM
Kalau dia ni tiket mahal pun ok ,orang tak kecoh, byk lagu dia cipta dan produce sejak zaman Alleyca ...

ini pasal ena badul ke ni acik juli???
Quote Afifi82 30-4-2022 01:14 AM
Sifu M Nasir!!
Quote silampumeja 30-4-2022 01:21 AM
Mana nak beli tiket dia
Quote silampumeja 30-4-2022 01:27 AM
Jajuli replied at 29-4-2022 02:01 PM
Kalau dia ni tiket mahal pun ok ,orang tak kecoh, byk lagu dia cipta dan produce sejak zaman Alleyca ...

Ikutkan harga tket dia konsert ni mula dengan RM400+ yang paling murah... Konsert aina 100lebih ke 200 lebih ke berapa ... Rasanya dah standard skrg pnya hrga dah ni... Matilanak nk pergi konsert lepas ni makan modal
Quote oranjes 30-4-2022 08:31 AM
tajuk tak kena isi... tak sebut pun pasal lagu tu...main sebat je letak dh mcm majalah mangga pulak
Quote h0lysh1t 30-4-2022 08:31 AM
Lagu raya fav aku ni...
Quote boongalalang 30-4-2022 08:46 AM
Lagu raya paling best.
Aritu tengok IG live dia buat concert, terbaik sifu
Quote tikusmontok 30-4-2022 10:17 AM
September14 replied at 29-4-2022 10:46 PM
Lgu 1 hari d hari raya lgu raya plg aku suka.. no. 1

Iya ke sis? Acik sekngankucing kata lepas lagu2 raya zaman feudal tak ada lagi lagu raya yg sedap2 sampai la PB muncul ngan lagu nazam lebaran
Quote pinggan 30-4-2022 10:23 AM
Umur M Nasir dah 60an ke.
Rambutnya masih hitam & nampak lebat. Org lelaki klau umur 50an, 60an rambut masih hitam terus nampak muda
Quote jijilaaa 30-4-2022 11:26 AM
lagu wajib dengar time raya. lagu rancak ni iols kurang sikit. tiap kali raya harusla layan lagu syahdu
Quote kakigojes 30-4-2022 01:16 PM
Lagu 1 hari di Hari Raya ni masa i kecik2 dengar biasa je.. until I sampai overseas sambung belajar, time tu baru je 2nd week kat sana tapi first time celebrate Raya berjauhan, sekali embassy pasang lagu ni, berderai-derai air mata sis
Quote hotmak 30-4-2022 01:53 PM
silampumeja replied at 30-4-2022 01:27 AM
Ikutkan harga tket dia konsert ni mula dengan RM400+ yang paling murah... Konsert aina 100lebih ke ...

tapi konsert yg ni by table, harga byr sekali makanan, agak turn off juga lah sebab takkan nak terkinja2 dpn makanan kan tapi i mmg look forward nak pergi konsert sifu ni
Quote hotmak 30-4-2022 01:54 PM
dah alang ada benang sifu kan, i tgk gambar family dia takde marlia musa ye, yg ada anak2 dgn dia je, outing dgn anak cucu pun mm tak join
Quote lavendernovella 4-5-2022 03:16 PM
Sebb tu lagu2 dia best ada jiwa, rupanya dibesarkan dalam keluarga yang alim.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.052232 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top