Walter Orthmann, 100, dianggap pekerja paling setia apabila bekerja dengan majikan sama sejak 84 tahun lalu.
Kesetiaannya sejak 1938 dengan majikan sama mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR). Orthmann mula bekerja dengan Industrias Renaux S A, sebuah syarikat tekstil di Brusque, pada 17 Januari 1938, ketika berusia 15 tahun. Kerjayanya bermula sebagai pembantu di jabatan penghantaran sebelum dia dinaikkan pangkat menjadi pembantu pentadbiran dan seterusnya pengurus jualan.
Sepanjang tempoh 84 tahun kariernya, Orthmann sudah menjelajah seluruh dunia selain menerima gajinya dalam sembilan mata wang berbeza. Dia juga sudah menggunakan hampir semua syarikat penerbangan komersial dalam sejarah penerbangan Brazil. "Anda mesti menjadi seseorang yang suka bekerja kerana saya mula bekerja dengan keazaman dan kesungguhan. "Anda tidak boleh melakukan apa saja kerja kerana itu tidak dianggap kerja dan ia tidak akan kekal lama," katanya. Pada Februari 2022, Orthmann menerima pengiktirafan GWR sebagai tempoh perkhidmatan paling lama di syarikat sama iaitu 84 tahun dan sembilan hari. Pada 19 April lalu, dia menyambut kelahiran ke-100 tahun namun masih tidak bercadang untuk pencen. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT