CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 974|Reply: 4

Lelaki Diiktiraf Rekod Dunia Guinness 84 Tahun Setia Dengan Majikan Sama

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Walter Orthmann, 100, dianggap pekerja paling setia apabila bekerja dengan majikan sama sejak 84 tahun lalu.


Kesetiaannya sejak 1938 dengan majikan sama mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR).




Kredit foto: Guinness World Records




Orthmann mula bekerja dengan Industrias Renaux S A, sebuah syarikat tekstil di Brusque, pada 17 Januari 1938, ketika berusia 15 tahun.


Kerjayanya bermula sebagai pembantu di jabatan penghantaran sebelum dia dinaikkan pangkat menjadi pembantu pentadbiran dan seterusnya pengurus jualan.




Orthmann pada hari pertama bersama Renaux
Kredit foto: Guinness World Records




Sepanjang tempoh 84 tahun kariernya, Orthmann sudah menjelajah seluruh dunia selain menerima gajinya dalam sembilan mata wang berbeza.


Dia juga sudah menggunakan hampir semua syarikat penerbangan komersial dalam sejarah penerbangan Brazil.




Kredit foto: Guinness World Records




"Anda mesti menjadi seseorang yang suka bekerja kerana saya mula bekerja dengan keazaman dan kesungguhan.


"Anda tidak boleh melakukan apa saja kerja kerana itu tidak dianggap kerja dan ia tidak akan kekal lama," katanya.




Kredit foto: Guinness World Records




Pada Februari 2022, Orthmann menerima pengiktirafan GWR sebagai tempoh perkhidmatan paling lama di syarikat sama iaitu 84 tahun dan sembilan hari.


Pada 19 April lalu, dia menyambut kelahiran ke-100 tahun namun masih tidak bercadang untuk pencen.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh muka dia kat lukisan tu mcm kartun
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:49 PM | Show all posts
ehh umur pencen sana bape tahun ye..kt mesia 65....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti nak turn on pc xpun bukak ms word org lain buatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 29-4-2022 06:57 PM
Mesti nak turn on pc xpun bukak ms word org lain buatkan..

Tu nampak gambar kat article sipi2 tu macam tengah baca pakai tablet tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 1.964658 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list