CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Terlanggar Macam Mana? Pocong Dikecam Lompat Depan Kereta

29-4-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1224| Komen: 2

Aksi gurauan (prank) sekumpulan individu di Indonesia menjadi sasaran kecaman netizen kerana berpakaian seperti pocong dan melompat ke tepi kereta yang lalu-lalang pada waktu malam untuk menakut-nakutkan orang ramai, lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan klip video dikongsikan akaun  Instagram @memomedsos, seorang lelaki berpakaian serba putih menyerupai hantu pocong dilihat sedang berdiri di tepi sebatang jalan.


Kredit foto: Suara.com/IG memomedsos

Sebaik sahaja kereta menghampirinya, dia melompat keluar dari tempat persembunyian dan menuju ke arah kereta yang bergerak laju.


Pemandu kereta tersebut kemudian didengari membunyikan hon kuat, berkemungkinan terkejut melihatkan kelibat pocong itu atau dia dapat meneka bahawa ia seorang manusia.


Kredit foto: Suara.com/IG memomedsos

Video tersebut dirakam seorang lagi individu yang kemudiannya didengari ketawa melihatkan aksi tersebut.

Gurauan mereka dikecam netizen dengan ramai yang memarahi tindakan tidak bertanggungjawab individu-individu berkenaan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 29-4-2022 11:25 AM
indon dan bangang berpisah tiada
Quote mamajawie 29-4-2022 11:52 AM
kalau aku kan aku da langgar je..mati pun x kisah hilang sorang bangang kat dunai ni..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.100595 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top