Polis menahan 13 pelajar sebuah sekolah menengah di Langkawi yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan seperti tular di media sosial pada pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan empat dari sekolah sama. “Lima daripada pelajar terbabit adalah daripada kelas sama dengan mangsa dan bakinya daripada kelas lain,” katanya di sini hari ini. Katanya, seramai 12 daripada mereka ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi sebelum seorang lagi ditahan pada pukul 3 petang.
“Rakaman percakapan kesemua suspek sedang diambil,” ujarnya. Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT