View: 1028|Reply: 2
|
'Kan Polis Dah Kutip!' - 13 Pelajar Sekolah Di Langkawi Ditahan Kes Belasah Rakan
[Copy link]
|
|
Polis menahan 13 pelajar sebuah sekolah menengah di Langkawi yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan seperti tular di media sosial pada pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan empat dari sekolah sama.
 Kredit foto: Kosmo
“Lima daripada pelajar terbabit adalah daripada kelas sama dengan mangsa dan bakinya daripada kelas lain,” katanya di sini hari ini.
Katanya, seramai 12 daripada mereka ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi sebelum seorang lagi ditahan pada pukul 3 petang.
“Rakaman percakapan kesemua suspek sedang diambil,” ujarnya.
Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
smoga KKM bagi 10 dos booster kat dak2 ni n masuk rumah benon untuk belajar subjek tatasusila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tnjuk sapa besaq sebenaqnya.. adus slamat raya didlm wahai anak2 ku |
|
|
|
|
|
|
| |
|