Baru-baru ini, penyanyi berbakat iaitu Shila Amzah berkongsikan video perkembangan anak lelakinya, Seth Uwais menerusi akaun Instagram. Perkongsian Shila kali ini telah perhatian ramai peminatnya terutamanya kaum ibu.
Menerusi posting tersebut, Shila berkata, anaknya kini sudah mula bercakap. Penyanyi ini akui dia sangat bangga dan sebak melihat perkembangan anaknya itu. Terdahulu, Seth tidak boleh bercakap sepatah perkataan sehinggalah pada awal tahun ini. Oleh kerana ramai yang tertanya-tanya apakah masalah dihadapi anak lelaki itu, Shila Amzah kembali dengan posting baru untuk berkongsikan mengenai isu berkenaan.
Menurut Shila, pada 31 Ogos tahun ini, umur anaknya akan genap 3 tahun. Sebagai ibu, Shila dia sangat risau dengan perkembangan anaknya kerana sejak kecil tidak mampu bercakap seperti kanak-kanak lain. Ketika bertemu dengan doktor pakar, Shila diberitahu bahawa anaknya mempunyai masalah deria. Oleh sebab itu, Seth agak 'lambat' dibandingkan dengan pencapaian kanak-kanak sebaya dengannya. Shila juga sempat memberikan nasihat kepada ibu-ibu yang menghadapi perkara sepertinya. Kata Shila, juruterapi akan membuat terapi kerja dahulu kepada kanak-kanak seperti Seth. Sekiranya nampak perubahan, baru mereka akan membuat terapi percakapan. Tambah Shila, persekitaran yang baik juga memainkan peranan penting untuk tumbesaran anak-anak. Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminatnya mendoakan dan memberikan kata-kata semangat untuk anaknya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|