CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 2

"Sudah 50 Patah Perkataan Sekarang" - Shila Amzah Sebak Anak Mula Bercakap

[Copy link]
Post time 29-4-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Shila Amzah




Baru-baru ini, penyanyi berbakat iaitu Shila Amzah berkongsikan video perkembangan anak lelakinya, Seth Uwais menerusi akaun Instagram. Perkongsian Shila kali ini telah perhatian ramai peminatnya terutamanya kaum ibu.


  



Menerusi posting tersebut, Shila berkata, anaknya kini sudah mula bercakap. Penyanyi ini akui dia sangat bangga dan sebak melihat perkembangan anaknya itu. Terdahulu, Seth tidak boleh bercakap sepatah perkataan sehinggalah pada awal tahun ini.


Sumber: Instagram Shila Amzah







Oleh kerana ramai yang tertanya-tanya apakah masalah dihadapi anak lelaki itu, Shila Amzah kembali dengan posting baru untuk berkongsikan mengenai isu berkenaan.


  



Menurut Shila, pada 31 Ogos tahun ini, umur anaknya akan genap 3 tahun. Sebagai ibu, Shila dia sangat risau dengan perkembangan anaknya kerana sejak kecil tidak mampu bercakap seperti kanak-kanak lain.


Ketika bertemu dengan doktor pakar, Shila diberitahu bahawa anaknya mempunyai masalah deria. Oleh sebab itu, Seth agak 'lambat' dibandingkan dengan pencapaian kanak-kanak sebaya dengannya.


Sumber: Instagram Shila Amzah







Shila juga sempat memberikan nasihat kepada ibu-ibu yang menghadapi perkara sepertinya. Kata Shila, juruterapi akan membuat terapi kerja dahulu kepada kanak-kanak seperti Seth. Sekiranya nampak perubahan, baru mereka akan membuat terapi percakapan.


Tambah Shila, persekitaran yang baik juga memainkan peranan penting untuk tumbesaran anak-anak.


Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminatnya mendoakan dan memberikan kata-kata semangat untuk anaknya. - CARI




Sumber: Instagram Shila Amzah






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak memang autistic budak ni. Tapi jangan risau acik Shila. Budak2 autistic ni ramai saja yang highly functional belajar sampai U bagai. Eh tak silap aiol orang dewasa kerja professional pun ramai ja diagnosed with autism bila udah kertu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya benang ni. Mana pemuja tersohor shilalat acik @tikusmontok ? Takkan acik pon speech delay gak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039546 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list