CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lari Dari Orang Panas Baran" - Shila Amzah Pernah Lalui Pengalaman Sama Ke?

29-4-2022 08:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6996| Komen: 21|Original author: Tatod


Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah memberikan nasihat secara umum agar 'melarikan' diri dari terus terjerat dalam hubungan dengan pasangan yang memiliki sikap panas baran kerana kebanyakan individu dengan sikap sedemikian tidak akan pernah berubah.

Ibu kepada seorang anak lelaki itu berkata sedemikian bagi mengulas kontroversi tercetus antara selebriti antarabangsan iaitu Johnny Depp dan Amber Heard.

Dia berpendapat bahawa penting bagi mana-mana pasangan yang ingin berkahwin untuk melakukan penilaian kesihatan mental kerana menjalani kehidupan bersama individu panas baran adalah perkara yang menakutkan.



"Mereka yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga...penderaan domestik boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya membabitkan fizikal semata-mata. Ia juga boleh terjadi secara verbal, mental, kawalan paksaan dan 'gaslighting' atau emosi termasuklah penderaan kewangan. Jika anda mengalami salah satu dari senarai berkenaan, minta bantuan segera.

"Bagaimanapun, anda harus bersedia untuk melepaskan hubungan berkenaan. Ramai mangsa keganasan rumah tangga berhadapan dengan masalah 'attachment' dengan pendera mereka hingga mangsa cenderung untuk kembali bersama dengan pendera apabila mereka dalam keadaan tenang.

"Masyarakat sekeliling hanya dapat menghulurkan bantuan apabila mangsa ingin diselamatkan. Jangan pernah bertahan dalam hubungan toksik. Ia tidak berbaloi," ciapnya.


"Orang boleh nampak cool dan sejuk mata memandang. Tapi kita boleh cuma kenal seseorang itu apabila kita dah tinggal bersama," tulisnya lagi.

Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

Rumah tangga pasangan itu bagaimanapun tidak bertahan lama dan sah bercerai pada 8 Februari lalu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deebiz14 29-4-2022 08:34 AM
Errmm... rasenya meols too early masuk sini kot.

Pepun meols rindu dengan si Rambutan TMSM2 ... lagik2 masa blum kenal sape di balakang topeng.
Quote mamajawie 29-4-2022 09:34 AM
dia ni da kurus ke?
Quote Awanku 29-4-2022 09:45 AM
Ok, mmg ex dia abuser lah tuuu… tengok penampiln punn mcm tuu… sb my colleague punn sama… selekeh sungguh lelaki abuser ni… kerja tak mau, memerap je dlm rumah… hanya *tuttt* je yang berfungsi!
Quote Normabaru 29-4-2022 11:40 AM
Hmm ntah2 tgh bercerita ttg ayah dia sendri kot
Quote doubleA 29-4-2022 11:50 AM
Pasal nanas ke tapi korang tak kawen pun kan. Luka lama berdarah kembali ke. Pasal keganasan ni kan dia pernah tweet dulu “been there done that”
Quote SonicSiLandak 29-4-2022 11:54 AM
shila blekmetel
Quote BoongaKertas 29-4-2022 12:45 PM
betul, iols agree dgn statement sheols ni. selagi boleh blah, blahlah dari abuser tersebut. udah2 lah depressed sbb org2 mcm ni. ni meols citer dr pengalaman org sekeliling. jenuh nak motivate depa semula lps down kena abused teghuk.
Quote ellyahmad_1983 29-4-2022 01:10 PM
cakap pasal apaknya tu
Quote PinkyPie 29-4-2022 01:19 PM
Apaknya tu tak padan misai kontot
Quote black_handbag 29-4-2022 01:43 PM
apaknya panas baran ke
Quote nawtylulu 29-4-2022 02:35 PM
Nak2 klo laki tu amik brg lak. bukn skit2 die abuse bini. jiran iols smpai hantuk kepala bini kt dinding n blh dgr smpai rmah iols..
Quote susukambingbest 29-4-2022 03:22 PM
"Mereka yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga...penderaan domestik boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya membabitkan fizikal semata-mata. Ia juga boleh terjadi secara verbal, mental, kawalan paksaan dan 'gaslighting' atau emosi termasuklah penderaan kewangan. Jika anda mengalami salah satu dari senarai berkenaan, minta bantuan segera.

#trtumpu pd penderaan kewangan. Rare tp di highlight. Mgkin tu pnderaan yg sheol lalui. Ex dduk umah sheol xnak kluar, nmpk sgt sngkek.
Quote makton 29-4-2022 03:35 PM
klu tgk muka dia ni terus aku teringat video dia menari tembak menembak sampai gegor peha
Quote scrocth 29-4-2022 10:14 PM
Haritu mcm dh positif sket post2 heshe kt media sosial. Skrg dh kembali rempit ke?
Quote auntyonion 30-4-2022 09:44 AM
Silalat tolonglah pasang badan balikkk
Quote jijilaaa 30-4-2022 11:24 AM
masih terbayang hari wedding dia tu, dengan bangganya dia cite laki tu dok us, cakap malay tak fluent sangat.
Quote sleepandream 30-4-2022 08:10 PM
alaaa johnny depp tu ponn dolu kemain... fans pun over teruja siap most loving couple laaaa most powerful couple laaa.... serupa acik angelina dgn brad pitt dolu... verangan jah masing2 berfantasi bagai.... choyyyyyy
Quote Nham22 30-4-2022 09:02 PM
Sape tgk hard to heart interview shila... Mmg bapak n mak die tgh ade problem kan... Atau mmg dh cerai?
Quote mohrekai 1-5-2022 05:45 AM
BoongaKertas replied at 29-4-2022 12:45 PM
betul, iols agree dgn statement sheols ni. selagi boleh blah, blahlah dari abuser tersebut. udah2 la ...

dimotivate susah nak pulih..dan kebanyakannya prone sangkut dengan abuser jugak seterusnya..couple or married

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074558 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top