View: 6317|Reply: 21
|
"Lari Dari Orang Panas Baran" - Shila Amzah Pernah Lalui Pengalaman Sama Ke?
[Copy link]
|
|
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah memberikan nasihat secara umum agar 'melarikan' diri dari terus terjerat dalam hubungan dengan pasangan yang memiliki sikap panas baran kerana kebanyakan individu dengan sikap sedemikian tidak akan pernah berubah.
Ibu kepada seorang anak lelaki itu berkata sedemikian bagi mengulas kontroversi tercetus antara selebriti antarabangsan iaitu Johnny Depp dan Amber Heard.
Dia berpendapat bahawa penting bagi mana-mana pasangan yang ingin berkahwin untuk melakukan penilaian kesihatan mental kerana menjalani kehidupan bersama individu panas baran adalah perkara yang menakutkan.
"Mereka yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga...penderaan domestik boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya membabitkan fizikal semata-mata. Ia juga boleh terjadi secara verbal, mental, kawalan paksaan dan 'gaslighting' atau emosi termasuklah penderaan kewangan. Jika anda mengalami salah satu dari senarai berkenaan, minta bantuan segera.
"Bagaimanapun, anda harus bersedia untuk melepaskan hubungan berkenaan. Ramai mangsa keganasan rumah tangga berhadapan dengan masalah 'attachment' dengan pendera mereka hingga mangsa cenderung untuk kembali bersama dengan pendera apabila mereka dalam keadaan tenang.
"Masyarakat sekeliling hanya dapat menghulurkan bantuan apabila mangsa ingin diselamatkan. Jangan pernah bertahan dalam hubungan toksik. Ia tidak berbaloi," ciapnya.
"Orang boleh nampak cool dan sejuk mata memandang. Tapi kita boleh cuma kenal seseorang itu apabila kita dah tinggal bersama," tulisnya lagi.
Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.
Rumah tangga pasangan itu bagaimanapun tidak bertahan lama dan sah bercerai pada 8 Februari lalu. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Errmm... rasenya meols too early masuk sini kot.
Pepun meols rindu dengan si Rambutan TMSM2 ... lagik2 masa blum kenal sape di balakang topeng. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, mmg ex dia abuser lah tuuu… tengok penampiln punn mcm tuu… sb my colleague punn sama… selekeh sungguh lelaki abuser ni… kerja tak mau, memerap je dlm rumah… hanya *tuttt* je yang berfungsi! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm ntah2 tgh bercerita ttg ayah dia sendri kot |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal nanas ke tapi korang tak kawen pun kan. Luka lama berdarah kembali ke. Pasal keganasan ni kan dia pernah tweet dulu “been there done that” |
|
|
|
|
|
|
|
betul, iols agree dgn statement sheols ni. selagi boleh blah, blahlah dari abuser tersebut. udah2 lah depressed sbb org2 mcm ni. ni meols citer dr pengalaman org sekeliling. jenuh nak motivate depa semula lps down kena abused teghuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Apaknya tu tak padan misai kontot |
|
|
|
|
|
|
|
Nak2 klo laki tu amik brg lak. bukn skit2 die abuse bini. jiran iols smpai hantuk kepala bini kt dinding n blh dgr smpai rmah iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Mereka yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga...penderaan domestik boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya membabitkan fizikal semata-mata. Ia juga boleh terjadi secara verbal, mental, kawalan paksaan dan 'gaslighting' atau emosi termasuklah penderaan kewangan. Jika anda mengalami salah satu dari senarai berkenaan, minta bantuan segera.
#trtumpu pd penderaan kewangan. Rare tp di highlight. Mgkin tu pnderaan yg sheol lalui. Ex dduk umah sheol xnak kluar, nmpk sgt sngkek. |
|
|
|
|
|
|
|
klu tgk muka dia ni terus aku teringat video dia menari tembak menembak sampai gegor peha |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu mcm dh positif sket post2 heshe kt media sosial. Skrg dh kembali rempit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Silalat tolonglah pasang badan balikkk |
|
|
|
|
|
|
|
masih terbayang hari wedding dia tu, dengan bangganya dia cite laki tu dok us, cakap malay tak fluent sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa johnny depp tu ponn dolu kemain... fans pun over teruja siap most loving couple laaaa most powerful couple laaa.... serupa acik angelina dgn brad pitt dolu... verangan jah masing2 berfantasi bagai.... choyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Sape tgk hard to heart interview shila... Mmg bapak n mak die tgh ade problem kan... Atau mmg dh cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 29-4-2022 12:45 PM
betul, iols agree dgn statement sheols ni. selagi boleh blah, blahlah dari abuser tersebut. udah2 la ...
dimotivate susah nak pulih..dan kebanyakannya prone sangkut dengan abuser jugak seterusnya..couple or married |
|
|
|
|
|
|
| |
|