Kebanyakan ibu bapa sudah biasa membesarkan anak-anak dalam situasi kurang baik ataupun marah-marah. Pperkara ini selalu berlaku apabila mereka tidak dapat menahan sabar ataupun penat bekerja seharian.
Ini adalah lima cara untuk menegur anak tanpa perlu menengking mereka.
Anak biasanya cenderung melihat bagaimana sikap ibu bapa ketika mengekspresikan emosi dan perkara itu akan mempengaruhi mereka. Ibu bapa perlu belajar menguruskan situasi saat anak sukar dikawal atau sedang merengek. Tambahan pula, daripada menengking anak secara langsung, dekati anak dengan tenang dan mereka akan mengikutcontoh positif ini. Tambahan, ibu bapa perlu menghargai anak apabila mereka sudah pandai mengawal emosi dengan berkelakuan baik.
Kesabaran sudah tentu ada batasnya, tetapi bukan cara dengan melepaskan marah saat menegur anak dan anak akan menangkap nada dan bahasa tubuh dari ibu bapa setiap kali mendapat teguran. Menurut Pakar Pediartik Cleveland Clinic, bersabar mungkin perkara yang sukar dilakukan bagi ibu bapa yang menerapkan "co-parenting" atau mengasuh anak tiri dari pasangannya, tetapi dengan mengawal emosi dan menjaga pertuturan akan membantu mengedalikan situasi yang terkawal saat berbicara dengan anak.
Kata-kata ibu bapa boleh meninggalkan kesan bukan sahaja dalam hati kanak-kanak tetapi dalam pemikiran mereka sekiranya diberikan layanan yang kasar. Daripada memberitahu anak dengan berteriak, ianya lebih baik berbincang dengan kesabaran.
Menurut Doktor kanak-kanak Kimberly Churbock, ibu bapa boleh menggunakan sedikit helah untuk memberikan anak rasa percaya walaupun ibu bapa meminta melakukan tugas yang tidak diingini seperti membawa mainan kegemarannya ke dalam bilik mandi apabila sukar diajak untuk mandi. Tetapi perlu diingatkan supaya tidak selalu mengikut kemahuan anak kerana anak akan menganggap ia sebagai cara mudah untuk mendapat permintaan.
Anak selalunya akan membalas dengan baik jika ibu bapa memberikan kesempatan untuk berbuat baik. Daripada menengking, lebih baik ibu bapa mengira dengan tegas atau beri had waktu untuk melakukan apa yang diminta. Berhadapan dengan anak yang memerlukan kesabaran yang tinggi, ibu bapa seharusnya berfikiran terbuka dalam apa jua keadaan dan sentiasa bersikap tenang dan menstabilkan emosi sewaktu mengadalikan isu dengan anak. - CARI |
ADVERTISEMENT