CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Berkurang Islam Di Kelantan Kalau UMNO Ambil Alih

28-4-2022 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1593| Komen: 19

Pentadbiran Islam tidak ‘berkurangan’, malah boleh bertambah baik berbanding sekarang jika UMNO diberi peluang mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Ketika memberi jaminan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, rakyat boleh ‘menghukum’ parti itu dengan menarik semula sokongan jika Islam tidak bertambah baik.


Malaysia Post

“Walaupun saya Pengerusi Perhubungan bukan (golongan) ulama, tetapi, kita ada penasihat ulama. Kalau kita ulama pun, tetapi, tidak melaksanakan Islam dengan cara tertib dan betul, tak boleh juga.


“Islam ini tidak dilihat hanya kerana negeri ini tidak ada nombor ekor, tidak ada arak, tetapi, banyak lagi aspek lain (dalam Islam). Golongan miskin misalnya, mesti dibawa keluar dari garis kemiskinan, ini juga Islamik.

“Dengan kata lain, soal Islam di Kelantan ini, saya boleh beri jaminan, kalau UMNO BN memerintah, kita akan lebih Islamik berbanding Pas,” katanya pada Majlis Makan Colek Bersama Pengamal Media Kelantan, di sini malam tadi.

Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, selepas 32 tahun Pas memerintah Kelantan, masih banyak ruang yang boleh ditambah baik bagi memperkasakan lagi pentadbiran Islam di negeri ini.

“Selama ini, kita bangga Kota Bharu kononnya bandar Islam, apa yang Islamiknya? Kalau nak kata tak ada nombor ekor, arak tak boleh jual, kerajaan Kelantan dipimpin UMNO BN akan teruskan juga.

“Bahkan, kita akan tambah baik lagi dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang supaya maksiat tidak berleluasa,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_acura 28-4-2022 03:31 PM
Bosan..Next!!!
Quote zidane_ziege 28-4-2022 04:49 PM
kah kah..padan muka lobai..
Quote axl_bach 28-4-2022 06:45 PM
Bunga2 nk keluar isu Amanat Tan Sri Haji Hadi nmpk gaya ni.....
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 06:50 PM
hiiiiiiiiiiiiiiiiiiidup UMNO!!!!!!!!!!!
Quote Thunderclouds 28-4-2022 09:03 PM
Dh kna brainwashed sebersih2nya ngn amanat tuttt..hadap sorga janjian parti. Tp 5 rukun islam tu pn rongak2. Lg mau purcaya janji bolan bintang lobai
Quote namr 28-4-2022 09:06 PM
Ramai2 umat kelate panjat batu caves kavadi2 lepas umno menang
Quote naina 28-4-2022 09:35 PM
Memang pun. Klate bawah pas memang mundur dan menyusahkan rakyat. Serambi Mekah? Ntah masalah sosial sana lagi dasyat dari key all
Quote jas7512 28-4-2022 09:36 PM
Umno dan pas sama2 blh terjun laut
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2022 09:53 PM
Take beeer!

LOGO-PAS-TERBARU.jpg

272048932_2099715816873591_2234067546133970681_n.jpg
Quote ajinomotonosuga 29-4-2022 03:27 AM
Kelantan Darul Sex

Melayu bongok ghamai sana.
Quote zulfahmimaidin 29-4-2022 06:43 AM
kalau umno menang bolehlah mek2 sskjp paka seksi buat bisness B2B di KB...alhamdulillah kawe undi demo plop
Quote n3ar 29-4-2022 07:45 AM
zulfahmimaidin replied at 29-4-2022 06:43 AM
kalau umno menang bolehlah mek2 sskjp paka seksi buat bisness B2B di KB...alhamdulillah kawe undi de ...

sekarang pun mek2 klate ado jah hok pakai seksi2.... duk berjoget merata, cuma senyap2 jer...

aku tengok kt media sosial mek2 klate majoriti berjoget sambil promote produk kosmetik, dgn insta, facebook tulis founder of bla bla


Quote nononcrux 29-4-2022 10:19 AM
naina replied at 28-4-2022 09:35 PM
Memang pun. Klate bawah pas memang mundur dan menyusahkan rakyat. Serambi Mekah? Ntah masalah sosial ...

culture shock betul dorang ni kat luar.. aku perasan lelaki kelantan ni kalau dpt awek luar nak yg kaya-kaya saje..
Quote stingerkentot 2-5-2022 11:26 AM
Kemaruk kuasa...sama je.
Quote pyropura 3-5-2022 01:37 AM
Dan tak berkurang Melayu kita semua TANPA Umno (United Molayoo National Organization)
Quote ultra78 3-5-2022 06:23 AM
Puak yg tinggal kl dan selangor tapi mengundi di kelate itulah kena mengundi utk jatuhkan pas. Selagi puak ni masih undi pas mmg jahanam kelate. Dia bersenang-lenang kat kl dan selangor,biarkan keluarga diaorg hidup seksa di kampung. Bayangkan rumah terbakar,bomba tak boleh padamkan api disebabkan pili bomba kering. Tengah bandar pulak tu,bukan ceruk kampung.

Kalau tak mampu memerintah baik kau give up aje dan bagi kat orang lain yg layak dan mampu. Balik-balik duk ungkit royalti. Habis tu penang dan kedah tu ada royalti minyak tak? Kedah tu ada la jugak tempat industri yang beri peluang kerja kepada rakyat. Negeri majoriti melayu jugak.

Inilah masalahnya bila terlalu lama sangat pegang kuasa. Bila orang tegur dia pergi salahkan orang lain. Diri sendiri tak pernah salah. Sila kambuskan parti Pas ni di Kelantan. Pas ni guna sentimen perkauman dan agama. Bezanya dengan umno adalah at least umno ni buat kerja juga dan rakyat dapat manfaat. Pas ni bagi zero,malah menyusahkan lagi rakyat.
Quote ultra78 3-5-2022 06:31 AM
Ini ya tahap level pemimpin di kerajaan Pas kelate. Tak tahu la Timbalan Menteri Besar di negeri lain boleh challenge si badut ni.

[youtube]fJQJ-uslaA4[/youtube]
Quote Nenasketum 3-5-2022 11:39 AM
Takkan terjadi lah. Waima korang kata Jawa Pogorono tu Tuhan semesta Mesia pun, loyalty depa tetap pada Pas. Pas ada sorga exclusive hokkay.
Quote orion_pax 3-5-2022 01:01 PM
Aikkkk…bukan kah sudah dimetarai muafakat nasional kan?..muafakat apo kalau nak ambil alih negeri gini?sudah lupa kah time zahid n hadi berpeluk plus nangis kat pwtc hari tu?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.113817 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top