Pentadbiran Islam tidak ‘berkurangan’, malah boleh bertambah baik berbanding sekarang jika UMNO diberi peluang mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ketika memberi jaminan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, rakyat boleh ‘menghukum’ parti itu dengan menarik semula sokongan jika Islam tidak bertambah baik.
Malaysia Post
“Walaupun saya Pengerusi Perhubungan bukan (golongan) ulama, tetapi, kita ada penasihat ulama. Kalau kita ulama pun, tetapi, tidak melaksanakan Islam dengan cara tertib dan betul, tak boleh juga.
“Islam ini tidak dilihat hanya kerana negeri ini tidak ada nombor ekor, tidak ada arak, tetapi, banyak lagi aspek lain (dalam Islam). Golongan miskin misalnya, mesti dibawa keluar dari garis kemiskinan, ini juga Islamik.
“Dengan kata lain, soal Islam di Kelantan ini, saya boleh beri jaminan, kalau UMNO BN memerintah, kita akan lebih Islamik berbanding Pas,” katanya pada Majlis Makan Colek Bersama Pengamal Media Kelantan, di sini malam tadi.
Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, selepas 32 tahun Pas memerintah Kelantan, masih banyak ruang yang boleh ditambah baik bagi memperkasakan lagi pentadbiran Islam di negeri ini.
“Selama ini, kita bangga Kota Bharu kononnya bandar Islam, apa yang Islamiknya? Kalau nak kata tak ada nombor ekor, arak tak boleh jual, kerajaan Kelantan dipimpin UMNO BN akan teruskan juga.
“Bahkan, kita akan tambah baik lagi dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang supaya maksiat tidak berleluasa,” katanya.
Post time 3-5-2022 06:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Puak yg tinggal kl dan selangor tapi mengundi di kelate itulah kena mengundi utk jatuhkan pas. Selagi puak ni masih undi pas mmg jahanam kelate. Dia bersenang-lenang kat kl dan selangor,biarkan keluarga diaorg hidup seksa di kampung. Bayangkan rumah terbakar,bomba tak boleh padamkan api disebabkan pili bomba kering. Tengah bandar pulak tu,bukan ceruk kampung.
Kalau tak mampu memerintah baik kau give up aje dan bagi kat orang lain yg layak dan mampu. Balik-balik duk ungkit royalti. Habis tu penang dan kedah tu ada royalti minyak tak? Kedah tu ada la jugak tempat industri yang beri peluang kerja kepada rakyat. Negeri majoriti melayu jugak.
Inilah masalahnya bila terlalu lama sangat pegang kuasa. Bila orang tegur dia pergi salahkan orang lain. Diri sendiri tak pernah salah. Sila kambuskan parti Pas ni di Kelantan. Pas ni guna sentimen perkauman dan agama. Bezanya dengan umno adalah at least umno ni buat kerja juga dan rakyat dapat manfaat. Pas ni bagi zero,malah menyusahkan lagi rakyat.
Post time 3-5-2022 01:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aikkkk…bukan kah sudah dimetarai muafakat nasional kan?..muafakat apo kalau nak ambil alih negeri gini?sudah lupa kah time zahid n hadi berpeluk plus nangis kat pwtc hari tu?