CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasin Sulaiman Jadi Imam Solat Lima Waktu Dan Tarawih Di Penjara, Ajar Rakan Banduan Mengaji

27-4-2022 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4221| Komen: 20

"Yasin dalam keadaan baik. Dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih."

Demikian kata abang penyanyi, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 50, berkenaan keadaan terkini adiknya itu yang kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.


Zain ketika dihubungi berkata, dia bersama keluarga lain bergilir-gilir melawat Yasin di penjara.


Foto: Harian Metro

"Minggu lepas saya dan ayah pergi melawatnya di penjara. Insya-Allah, pada hari raya ini pun nak cuba melawat lagi.


"Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar. Harap dia terus ambil ubat. Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh banduan lain dan kakitangan di sana.

"Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam sembahyang, dia turut mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Zain berkata dia akan mengusahakan agar dua anak Yasin iaitu Sameer, 18, dan Malaika, 14, melawat bapa mereka.

"Untuk anak Yasin dibawa melawat, insya-Allah saya akan uruskan dalam masa terdekat. Mereka tahu keadaan ayah mereka. Kami sekeluarga sentiasa mengemaskini keadaan Yasin pada mereka.

"Mereka juga sentiasa kirimkan pesanan untuk Yasin. Begitu juga Yasin, yang mana baru-baru ini sampaikan nasihat supaya anak-anak terus tabah dan berjanji akan pulang ke pangkuan mereka," katanya.

Sementara itu, Zain turut berkongsi dia sekeluarga sudah mendapatkan khidmat pasukan guaman bagi pembelaan kes Yasin.

Disebabkan itu, mereka melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman bagi menampung kos guaman.

"Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduhan yang berat.

"Tabung ini sudah diumumkan di Facebook dua minggu lepas dan baru hari ini di Instagram. Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin," katanya.

Terdahulu, Yasin ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya. Mahkamah menerapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 27-4-2022 04:30 PM
Tabung dan retis berpisah tiada
Quote naina 27-4-2022 04:59 PM
Kesian..semoga dipermudahkan
Macam tak Caya anak dia dah 18 tahun
Rasa macam lagu mimpi Laila tu belum lama
Quote bintangct 28-4-2022 12:04 AM
berat ujian dia..
ujian kita tak tahu lg mcm mana
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 12:08 AM
jangan ya laila.. jangan isap ganja.. apa yang kau isap.. semuanya bahaya...

bahaya yang fana.. fana ya laila.. ganja yang fana.. pasti merosak jiwa mu yang parah...
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 12:09 AM
bintangct replied at 28-4-2022 12:04 AM
berat ujian dia..
ujian kita tak tahu lg mcm mana

ujian para bangsa etis berkulup, ponen2, gay2 pedo dlm forum ni lagi berat.... waaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Quote damian_lee 28-4-2022 12:21 AM
kadang bila kita terputus dengan gejolak dunia luar
lebih tenteram
Quote Acikgomen 28-4-2022 12:34 AM
damian_lee replied at 28-4-2022 12:21 AM
kadang bila kita terputus dengan gejolak dunia luar
lebih tenteram

Gejolak ke gelojak
Quote silampumeja 28-4-2022 12:38 AM
Ape kisah isterinya? Dah bercerai ke macamana ...
Quote LoveSungmin 28-4-2022 01:33 AM
Acikgomen replied at 28-4-2022 12:34 AM
Gejolak ke gelojak

gejolak acik..
Screenshot_20220428_013305.jpg
Quote sayawifenikmie 28-4-2022 02:15 AM
... ada link tabung dia? nak derma sikit la ....
Quote xAthenax 28-4-2022 07:28 AM
semoga dipermudahkan urusan dia
Quote mizruncing 28-4-2022 08:31 AM
ada hikmah kena masuk jail.. mana tau sikit2 dapat redakan bipolar dia. org mcm ni kena bg sokongan. kena selalu ada je org dekat ngan dia. agaknya dok umah pon sorang2 or byk buat hal sdri. tu yg sampai ambik ganja kot
Quote mizruncing 28-4-2022 08:31 AM
ada hikmah kena masuk jail.. mana tau sikit2 dapat redakan bipolar dia. org mcm ni kena bg sokongan. kena selalu ada je org dekat ngan dia. agaknya dok umah pon sorang2 or byk buat hal sdri. tu yg sampai ambik ganja kot
Quote TomyamPuteh 28-4-2022 09:24 AM
Kuatnya menhighlightkan diri abg Yasin nih.
Quote tompie 28-4-2022 09:57 AM
TomyamPuteh replied at 28-4-2022 09:24 AM
Kuatnya menhighlightkan diri abg Yasin nih.

Kena ada coverage sebab nak kutip derma..
kalau cakap nak kutip derma aje pun orang malas nak layan.
At least dia bagi la update yassin sikit2.
Tapi hikmah duduk dlm / ujian tu mmg mcm tulah.. Allah sayang, dia uji, kalau makin dekat dengan Allah bagus ahh..
Mcm Yassin ni bagus ahh..
Quote damian_lee 28-4-2022 02:03 PM
Acikgomen replied at 27-4-2022 04:34 PM
Gejolak ke gelojak

mengikut dewan bahasa dan pustaka hasil carian google

dua2 boleh

gejolak or gelojak

membawa maksud yang sama
agituuuuuu
Quote Acikgomen 28-4-2022 02:11 PM
damian_lee replied at 28-4-2022 02:03 PM
mengikut dewan bahasa dan pustaka hasil carian google

dua2 boleh

Oooo umoq dah nak setengah abad baru acik tau maksudnye sama
Quote damian_lee 28-4-2022 02:29 PM
Acikgomen replied at 28-4-2022 06:11 AM
Oooo umoq dah nak setengah abad baru acik tau maksudnye sama

xde kena mengena umor
i pun baru tau tadi sbb google
hahahahaa
Quote msdummy.2018 28-4-2022 04:19 PM
LoveSungmin replied at 28-4-2022 01:33 AM
gejolak acik..

I first time dgr gejolak ni...slalu pki bila?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048664 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top