Seorang doktor berkongsi tentang kisah menyayat hati mengenai pemergian seorang bayi. Menerusi video Tiktok Dr Irma Izzati, kisahnya bermula apabila seorang kenalannya yang baru melahirkan dan ketika itu bayinyi berusia 3 bulan.
Selepas seminggu masuk bekerja, dia mengambil keputusan untuk menghantar anak ke pusat asuhan. Selepas hari ketiga, wanita tersebut terkejut diberitahu bahawa anaknya meninggal dunia. Difahamkan insiden tersebut berlaku kerana si pengasuh telah meniarapkan si kecil tersebut selepas memberikan susu.
Menurut pakar tersebut, kaedah meniarapkan bayi selepas menyusu adalah sangat berisiko kepada bayi. Cara yang tepat adalah dengan mengamalkan posisi baring atau diletakkan ke dalam buaian selepas makan. Bukan itu sahaja, Dr. Irma juga menitipkan pesanan kepada para penjaga kanak-kanak sama ada di pusat asuhan atau di rumah supaya peka dengan situasi ini. Perkongsian tersebut juga diharapkan dapat membuka mata para ibu bapa supaya turut berhati-hati.-CARI |
stania83 replied at 27-4-2022 02:44 PM
price u gotta pay bila ibu keluar kerja
cutieslilies replied at 27-4-2022 02:48 AM
macam pelik pulak.. ke budak tu lepas minum susu tidak di sendawakan?.. baby kan susah nak sendawa.. ...
mejaputih replied at 27-4-2022 01:18 PM
iols tak faham..
Cara yang tepat adalah dengan mengamalkan posisi baring atau diletakkan ke dalam bu ...
lemak_masin replied at 28-4-2022 04:24 AM
Dia kata Cara paling tepat tidur posisi baring ..jgn guna buai, bukan suruh pakai buai.
lemak_masin replied at 28-4-2022 04:24 AM
Dia kata Cara paling tepat tidur posisi baring ..jgn guna buai, bukan suruh pakai buai.
ADVERTISEMENT