TEHERAN: Seekor beruang coklat di Iran dibunuh dengan kejam selepas penduduk kampung menghancurkan tulang belakang, kaki dan pelvis dengan traktor serta mengikat lehernya dengan jengkaut.
Rakaman gambar di tempat kejadian menunjukkan roda berat traktor digunakan untuk menghalang kaki beruang itu supaya tidak dapat bergerak. Penduduk kampung bertindak mengejar dan memukul beruang itu di sebuah perkampungan berdekatan bandar Namin di wilayah Ardabil sebelum haiwan itu mengalami kecederaan serius. Ageni berita IRNA melaporkan penduduk kampung menghalang haiwan itu dengan memukul dan mencederakannya dengan tingkah laku sangat tidak wajar.
Pegawai Perlindungan Alam Sekitar membawa beruang itu ke klinik hidupan liar dan mendapati ia maut akibat kecederaan serius yang dialami. Sementara itu, Presiden Badan Amal United Kingdom, Penyelamat Haiwan Antarabangsa, Alan Knight berkata, insiden itu sangat menyayat hati dan tidak dapat dibayangkan penderitaan yang dialami oleh beruang malang ini. “Benar konflik antara manusia dan hidupan liar adalah masalah yang serius, tetapi tiada alasan untuk menyeksa haiwan itu dengan kejam sehingga mati. “Spesies berharga ini mesti dirawat dengan toleransi dan belas kasihan. Jika tidak ia akan lenyap dari muka bumi selama-lamanya,” katanya. Beruang coklat yang ditemukan di kawasan hutan di utara dan barat Iran diklasifikasikan sebagai terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Mengenai Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN) spesies berisiko. Beruang menghadapi pelbagai ancaman di Iran apabila golongan petani menghadapi tekanan semasa musim kemarau. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka berusaha menjaga tanaman dan ternakan daripada haiwan pemangsa itu.-CARI Sumber: Utusan Online
|
Pegawai Perlindungan Alam Sekitar membawa beruang itu ke klinik hidupan liar dan mendapati ia maut akibat kecederaan serius yang dialami.
ADVERTISEMENT