View: 1689|Reply: 24
|
Tulang Belakang, Kaki Dan Pelvis Hancur!- Penduduk Kampung Gilis Beruang Guna Jengkaut Sebab Rosakkan Tanaman
[Copy link]
|
|
TEHERAN: Seekor beruang coklat di Iran dibunuh dengan kejam selepas penduduk kampung menghancurkan tulang belakang, kaki dan pelvis dengan traktor serta mengikat lehernya dengan jengkaut.
Rakaman gambar di tempat kejadian menunjukkan roda berat traktor digunakan untuk menghalang kaki beruang itu supaya tidak dapat bergerak.
Penduduk kampung bertindak mengejar dan memukul beruang itu di sebuah perkampungan berdekatan bandar Namin di wilayah Ardabil sebelum haiwan itu mengalami kecederaan serius.
Foto: IRNA
Ageni berita IRNA melaporkan penduduk kampung menghalang haiwan itu dengan memukul dan mencederakannya dengan tingkah laku sangat tidak wajar.
Pegawai Perlindungan Alam Sekitar membawa beruang itu ke klinik hidupan liar dan mendapati ia maut akibat kecederaan serius yang dialami.
Sementara itu, Presiden Badan Amal United Kingdom, Penyelamat Haiwan Antarabangsa, Alan Knight berkata, insiden itu sangat menyayat hati dan tidak dapat dibayangkan penderitaan yang dialami oleh beruang malang ini.
“Benar konflik antara manusia dan hidupan liar adalah masalah yang serius, tetapi tiada alasan untuk menyeksa haiwan itu dengan kejam sehingga mati.
“Spesies berharga ini mesti dirawat dengan toleransi dan belas kasihan. Jika tidak ia akan lenyap dari muka bumi selama-lamanya,” katanya.
Beruang coklat yang ditemukan di kawasan hutan di utara dan barat Iran diklasifikasikan sebagai terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Mengenai Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN) spesies berisiko.
Beruang menghadapi pelbagai ancaman di Iran apabila golongan petani menghadapi tekanan semasa musim kemarau.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka berusaha menjaga tanaman dan ternakan daripada haiwan pemangsa itu.-CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Geng Syiah. Tidak pelik langsung. Mereka telah dilatih pada setiap Hari Ashura untuk ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya... huhuhuhu kejam betul la... |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya. harap geng beruang membalas dendam dan makan salah sorg penduduk kpg itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpa pakcik beruang nanti di akhirat ko hadapkan sekor sekor manusia yg buat ko dptkan keadialan di depan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zalim sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya Teddy..napa laa kejam sangat. Kalau nak bunuh tk perlu la seksa dia gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kejam nya.. xtau aku nak bezakan mana satu menatang mana satu manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam betul. X layak dipanggil manusia pun mereka ni. Perangai kalah setan |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia pun puak2 ni sanggup bunuh, apatah lagi binatang… |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kejam dr syaitoonnn |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dia merasa di gilis macam tu satu hari nanti.. zaman sekarang Allah suka bayar cash. |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap elok2 then panggil la org zoo. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai Perlindungan Alam Sekitar membawa beruang itu ke klinik hidupan liar dan mendapati ia maut akibat kecederaan serius yang dialami.
Petani ni memang takde niat nak bunuh. Biasalah berita kapir.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian beruang tu.. kejamnya manusia.. tunggu la balasan ko dek sebab menzalimi haiwan.. tapi kat Iran takde perhilitan ke JPAM ke macam kat malaysia bole call bila jumpa binatang liar |
|
|
|
|
|
|
|
yang manusia ada akal ni, masih nak buat benda zalim mcm ni kenapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
u will get the same bitch
|
|
|
|
|
|
|
| |
|