Seorang lelaki warga asing yang tular memaki pengawal keselamatan selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah pasar raya pertengahan bulan lalu, didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret.
Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Theberge Travis Lee, 44, selepas lelaki warga Kanada itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Sekiranya gagal menbayar denda tersebut, Theberge boleh dipenjara selama 15 hari dan tertuduh membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama lelaki yang bekerja dalam industri minyak dan gas itu didakwa telah menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) terhadap pengawal keselamatan, dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan dan menganggu keamanan pukul 9.30 malam pada 16 April lalu di sebuah pasaraya di Jalan Ampang di sini.
Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100. Pertuduhan kedua, Theberge didakwa tidak memakai pelitup muka dan dituduh mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2022 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 18(1) akta sama pada waktu dan tarikh sama. Peraturan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali. Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100 dan gagal menbayar sehari penjara manakala pertuduhan kedua denda RM700 gagal bayar penjara 14 hari. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Nasuha Safian manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jayaranda Rao. Terdahulu, Rao dalam rayuannya memberitahu anak guamnya masih bujang dan menanggung tiga beradiknya yang masih menetap di Kanada. “Tertuduh meminta maaf atas kejadian yang berlaku pada hari tersebut yang sememangnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan melulu. Selepas mengetahui insiden tersebut telah tular, anak guam saya telah ke balai polis bagi membetulkan keadaan. “Tertuduh telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan telah diberikan jamin. Apabila diberitahu untuk hadir ke mahkamah hari ini oleh pegawai penyiasat, tertuduh telah hadir sendiri dan mengaku salah selepas dituduh. Ini telah menjimatkan masa mahkamah,”kata peguam terbabit. Sementara itu, Wardah Nasuha memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajarannya dan juga masyarakat. Kosmo! Online 19 April lalu melaporkan polis telah menahan seorang lelaki warga Kanada yang tular didakwa tidak memakai pelitup muka termasuk memaki pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pasar raya, sekitar Jalan Ampang. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, individu tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada pukul 8.30 malam bagi memberikan keterangan.- CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 26-4-2022 04:30 PM
celah bulu ketiak je dia bagi rm800 tu..
krustykrab replied at 26-4-2022 04:42 PM
Dah tu awat nk merayu cakap bujang dan tgh menyara 3 adik bagai tu...
ADVERTISEMENT