CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 11

Maki Pengawal Keselamatan, Tak Pakai Mask-Mat Salih Viral Didenda RM800

[Copy link]
Post time 26-4-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga asing yang tular memaki pengawal keselamatan selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah pasar raya pertengahan bulan lalu, didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret.


Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Theberge Travis Lee, 44, selepas lelaki warga Kanada itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.


Sekiranya gagal menbayar denda tersebut, Theberge boleh dipenjara selama 15 hari dan tertuduh membayar denda berkenaan.










Mengikut pertuduhan pertama lelaki yang bekerja dalam industri minyak dan gas itu didakwa telah menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) terhadap pengawal keselamatan, dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan dan menganggu keamanan pukul 9.30 malam pada 16 April lalu di sebuah pasaraya di Jalan Ampang di sini.


Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100.


Pertuduhan kedua, Theberge didakwa tidak memakai pelitup muka dan dituduh mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2022 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 18(1) akta sama pada waktu dan tarikh sama.


Peraturan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali.


Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100 dan gagal menbayar sehari penjara manakala pertuduhan kedua denda RM700 gagal bayar penjara 14 hari.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Nasuha Safian manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jayaranda Rao.


Terdahulu, Rao dalam rayuannya memberitahu anak guamnya masih bujang dan menanggung tiga beradiknya yang masih menetap di Kanada.


“Tertuduh meminta maaf atas kejadian yang berlaku pada hari tersebut yang sememangnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan melulu. Selepas mengetahui insiden tersebut telah tular, anak guam saya telah ke balai polis bagi membetulkan keadaan.


“Tertuduh telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan telah diberikan jamin. Apabila diberitahu untuk hadir ke mahkamah hari ini oleh pegawai penyiasat, tertuduh telah hadir sendiri dan mengaku salah selepas dituduh. Ini telah menjimatkan masa mahkamah,”kata peguam terbabit.


Sementara itu, Wardah Nasuha memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajarannya dan juga masyarakat.


Kosmo! Online 19 April lalu melaporkan polis telah menahan seorang lelaki warga Kanada yang tular didakwa tidak memakai pelitup muka termasuk memaki pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pasar raya, sekitar Jalan Ampang.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, individu tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju  pada pukul 8.30 malam bagi memberikan keterangan.- CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Diikutkan, perangai kokesen lagi pprt dari melayu mulia syurga
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 04:30 PM | Show all posts
celah bulu ketiak je dia bagi rm800 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2022 04:30 PM
celah bulu ketiak je dia bagi rm800 tu..

Dah tu awat nk merayu  cakap bujang dan tgh menyara 3 adik bagai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 04:44 PM | Show all posts
krustykrab replied at 26-4-2022 04:42 PM
Dah tu awat nk merayu  cakap bujang dan tgh menyara 3 adik bagai tu...

itu lawyer punya kerja..tiap orang ada hak untuk merayu..
hakim yang jatuh hukum..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:26 PM | Show all posts
800 jurrr ??? 8k ke ok jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh.

800 je.

Perambat je lah balik kanada dlm masa seminggu Dan ban dari masuk Malaysia 2 tahun ke.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:14 PM | Show all posts
mesti bangsa etis ni... kalau nak ikut etis ni... bulan dan matahari pun bapak dia punya... so kena ikut cakap dia... sapa la yang lapar nak jadi etis ni... petetik tol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan patut kena 1k ke? Apasal double standard. Kenapa tak halau matsalleh ni dah buat onar, berambus la. Nak simpan hapa kalau dah tak boleh ikut law. Malaysia ni lemah la
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:57 AM | Show all posts
tolonglah saman sekali kes lebai berserban kat mane ntah tu...yg tolak2 staff sbb x puas hati kena tegur psl face mask...menyirap tgk vid tu, tolonglah saman lebai tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 11:41 AM | Show all posts
RM800 shj??? org kampung miskin dari Tenom Sabah mcm hari tu kena denda RM10K..kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 07:21 PM | Show all posts
malaysia memang lembik,
bayar pelacur pun lagi mahal dari denda tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.592344 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list