Filem sekuel Doctor Strange iaitu Doctor Strange In The Multiverse of Madness itu telah diharamkan di negara Arab Saudi kerana ada watak dalam filem itu mempunyai karekter mewakili LGBTQ. Petikan dari KakiMuvee, karekter yang diperkatakan itu adalah America Chavez yang mempunyai bendera pelangi pada jaketnya dan ia mungkin menunjukkan seksualiti karekter terbabit. Berikutan itu, berkemungkinan besar Qatar dan Kuwait akan turut mengharamkan filem berkenaan daripada ditayangkan di negara mereka. Tambahan pula, filem Doctor Strange adalah bukan filem Marvel yang pertama diharamkan di negara tersebut, filem Eternals juga pernah diharamkan pada tahun lalu kerana memaparkan hubungan sejenis. Tetapi, Malaysia dikatakan telah memberi lampu hijau untuk menyiarkan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness di pawagam berdekatan pada 5 Mei 2022. - CARI |
ADVERTISEMENT