CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

5 Filem Terkenal Yang Terlibat Dalam Kes Saman Mahkamah

12-4-2022 02:45 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2150| Komen: 0|Original author: Agent13k

Description: Membuat filem sudah tentu akan melibatkan pelbagai aspek, dari pengiklanan hingga ke produk akhir yang akan ditayangkan itu, tetapi ia amat penting untuk filem studio untuk tidak menipu penonton keran ...
Pembuatan filem sudah tentu akan melibatkan pelbagai aspek, dari pengiklanan hingga ke produk akhir yang akan ditayangkan.

Tetapi ia amat penting untuk filem studio untuk tidak menipu penonton kerana ada beberapa kes saman yang melibatkan filem sehingga mencetuskan kontroversi dan menjadi bahan bualan orang.

kredit foto: TheTeCake

Petikan dari Iluminasi, ini adalah 5 filem popular yang terlibat dalam kes saman makhamah.

  • Drive
kredit foto: ReelRundown


Filem lakonan Ryan Gosling itu memaparkan watak yang tidak mempunyai nama dan hanya dipanggil sebagai "Driver".

Karakter itu cuba membantu wanita dan anaknya daripada masalah dihadapi seperti masalah suaminya. 

Bagaimanapun, filem ini mendapat surat saman dari Sarah Deming yang mahu menyaman penerbit filem itu kerana iklan promosi memaparkan adegan seperti filem aksi "Fast and Furious" tetapi apa yang dilihat baginya ianya amat berbeza dari iklan filem itu.


Tambahan pula, Sarah juga menyaman penerbit filem itu kerana mempopularkan sentimen keganasan terhadap masyarakat Yahudi. 

Hakim bagaimanapun menolak saman filem "Drive" kerana dalam filem itu sama seperti dalam iklan, kemudiannya Sarah meminta untuk menukar hakim berkenaan kerana merasakan dia membawa sentimen anti-semitik ketika sesi perbicaraan.

  • Frozen
kredit foto: Fandom

Frozen merupakan filem animasi yang sangat popular sehinggakan nama Elsa adalah nama bayi paling popular pada tahun 2013 dan 2014. Tetapi seorang penulis iaitu Isabella Tanukumi berkata, filem itu mempunyai persamaan kisah hidupnya dan mahu menyaman Disney sebanyak USD250 Juta.


Difahamkan, Isabella percaya filem itu meniru kisah hidupnya dalam yang telah diterbitkan dalam bentuk memoir "The Yearnings of the Heart" pada tahun 2011.

Salaupun ada 18 persamaan yang difailkan oleh Isabella dalam samannya, ia ditolak oleh hakim pada tahun 2015 kerana tiada persamaan ketara yang menunjukan filem itu mencuri idea dari memoir Isabella.

  • 2001: A Space Oddsey

kredit foto: Eye FilmMuzeum

Ketika kes saman besar diantara dua syarikat gergasi iaitu Samsung dan Apple, syarikat Apple mengatakan bahawa Samsung telah melanggar paten dan hak cipta Apple iaitu iPad dengan mengeluarkan Samsung Galaxy Tab 10.1.


Pada waktu itu, Samsung yang memberi hujah semula bahawa idea Galaxy Tab 10.1 itu datang daripada filem klasik iaitu 2001: A Space Oddsey arahan Stanley Kubrick. Samsung ketika itu cuba menayangkan adegan filem tersebut yang menunjukan tablet itu tetapi ditolak oleh hakim kerana tidak membantu kes tersebut.

  • Pixar's Monster's Inc
kredit foto: Iluminasi.

Syarikat Pixar sudah banyak kali disaman syarikat luar seperti kes saman tentang maskot lampu Pixar itu adalah hasil ciplak daripada syarikat lampu meja dari Norway iaitu Luxo ASA, tetapi Pixar dan Luxo telah bersetuju untuk menarik saman dan memulakan kolaborasi. 

Namun, rekaan karekter Monster's Inc mendapat perhatian dunia ketika itu.


Pelukis Stanley Miller mendakwa Pixar mengambil idea asal milik Stanley dan bertukar kepada Monster Inc. Stanley dilaporkan pernah mencuba menjual rekaannya kepada penerbit Hollywood pada lewat 90an tetapi pada tahun 2000, syarikat Pixar berminat untuk membeli rekaannya namun gagal mencapai harga yang diminta. 

Apabila kes Stanley Miller dan Pixar itu berakhir dengan Mahkamah memihak kepada Stanley, Pixar memilih untuk menyelesaikan tuntutan berkenaan di luar mahkamah bersama Stanley Miller.

  • Borat
kredit foto: JakartaPost

Filem "mockumentary" Borat adalah salah satu filem paling banyak kena saman. Filem lain yang banyak kena saman seperti filem "Jackass" dan "Natural Born Killers". 

Beberapa saman yang filem Borat terima adalah daripada penduduk di Glod, Romania yang mengambil bahagian filem itu tidak tahu bahawa mereka akan dimalukan dan menjadi bahan ketawa di dunia.

Justin Seay dan Christopher Rotunda tidak tahu yang filem itu akan disiarkan di Amerika Syarikat menggesa bahagian mereka dibuang dan menyaman filem itu kerana memalukan mereka dalam filem tersebut.


Tidak lupa juga, guru memandu yang menyaman filem itu sebanyak USD100 ribu kerana kerosakan namanya dan sekolah memandu miliknya. Kesemua saman yang dihadapi dalam filem itu telah ditolak dan diselesaikan diluar mahkamah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047090 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top