Diserang demam panas, penyanyi Zizi Kirana dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.
Mengalami tekanan darah rendah dan jangkitan pada bahagian tekak, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata suaminya yang juga merupakan pelakon iaitu Yusuf Bahrin antara individu yang panik melihat keadaannya ketika itu. Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, Yusuf yang sedang menjalani penggambaran bergegas pulang ke rumah untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. "Tiba-tiba pagi semalam saya alami demam panas... badan saya jadi menggigil. Tekak pula ada jangkitan dan darah rendah sebab tak cukup rehat.
"Yusuf paling panik, dah la ketika itu dia sedang menjalani penggambaran. Apabila dapat tahu keadaan saya semakin teruk, dia terus minta izin produksi untuk balik.
|
azimodin replied at 26-4-2022 09:37 AM
Kejap berniqob kejap tak. Macam harammmm je main2 gitu. Mmg la niqab tu x wajib tapi dah kenapa main ...
ADVERTISEMENT