CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 13

Pecut Balik Dari Set Shooting- Yusuf Bahrin Panik Tengok Muka Zizi Kirana Pucat, Menggigil Badan!

[Copy link]
Post time 25-4-2022 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Diserang demam panas, penyanyi Zizi Kirana dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.


Mengalami tekanan darah rendah dan jangkitan pada bahagian tekak, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata suaminya yang juga merupakan pelakon iaitu Yusuf Bahrin antara individu yang panik melihat keadaannya ketika itu.


Foto: IG




Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, Yusuf yang sedang menjalani penggambaran bergegas pulang ke rumah untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


"Tiba-tiba pagi semalam saya alami demam panas... badan saya jadi menggigil. Tekak pula ada jangkitan dan darah rendah sebab tak cukup rehat.


"Yusuf paling panik, dah la ketika itu dia sedang menjalani penggambaran. Apabila dapat tahu keadaan saya semakin teruk, dia terus minta izin produksi untuk balik.




  



"Nasib baik pihak produksi memahami dan okay. Melihat wajah saya dah pucat, dia terus bawa ke hospital," kata Zizi ketika dihubungi mStar pada Isnin.


Sebelum ini, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu memuat naik foto keadaan isterinya sedang menerima rawatan di hospital menerusi Instastory miliknya.


Pada November tahun lalu, Zizi pernah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit perut kerana bekerja tanpa henti.




  



Dalam pada itu, penyanyi lagu Pijak ini mengakui dia berasa kasihan melihat suaminya sanggup berpatah balik dari lokasi penggambaran kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya.


"Selesai urusan di hospital, Yusuf sambung shooting dekat Subang Jaya. Kasihan juga la dia patah balik sana-sini ketika sudah tengah malam. Bila saya dah tidur, baru dia pergi kerja semula.


"Sekarang ini saya berehat di rumah sahaja sebab semalam doktor dah beri ubat tapi kalau keadaan hari ini masih tak okay juga, doktor suruh tidur di wad," ujarnya.




  



Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September tahun lalu di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Zizi asyik sakit sejak kahwin..

Yusuf Bahrin buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dia kena kobik
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah kenapa jijie???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 05:09 PM | Show all posts
lahai…  cerita macam laki tengah shooting jauh nau kat pantai timur ke kat selatan ke…  anyway, bagus la suami sanggup balik sat sebab nak hantar ke hospital…
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit punya handsome si yusof ni tapi kahwin dgn jijit ni.
Patut yusof dgn shaza bae baru padan sama lawa sama tinggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Esei usop xmasuk uni ni lg bgs Dr esei cikgu tesl pensyarah kanan..

Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Zizi ni npe mcm slekeh ek gaya mnutup aurat dia. Buatla kmas skit.. Selalu jgk dia ni sakit sbb overworked tp mslhnye apa job dia yg lebat sgt tu.. Xdala nmpk popular pn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya lepas kawin ..
sume berita psl zizi ni kes sakit je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca pya baca skali kat bwh usup shooting kat subang jaya je
Igtkan kat utara, selatan, pantai timur ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap berniqob kejap tak. Macam harammmm je main2 gitu. Mmg la niqab tu x wajib tapi dah kenapa main-main
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia mengandung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:28 AM | Show all posts
tak sangka dia ni berubah sampai mcm ni sekali kan ... drp pakai baju yg mmg tak pernah cukup kain .. now sampai habis berbungkus satu badan ... hidayah itu milik allah kan ... untung zizie
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:40 AM | Show all posts
azimodin replied at 26-4-2022 09:37 AM
Kejap berniqob kejap tak. Macam harammmm je main2 gitu. Mmg la niqab tu x wajib tapi dah kenapa main ...

org skrg berniqob sbb malas pakai face mask je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.080660 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list