CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Bukan Nak Jadi Alim, Tunggang Agama Tapi Memang Hati Dah Terbuka' - Boy Iman

25-4-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2967| Komen: 12

“Dulu, kini dan selamanya kaki propa!” demikian tergamaknya kata-kata dilemparkan warga netizen apabila Boy Iman muncul mendedahkan perubahan dirinya menyertai jemaah tabligh sekitar dua minggu lepas.


Asal niat perkongsiannya memang murni, iaitu untuk menceritakan pengalamannya semasa bersama jemaah.


Kredit foto: IG Boy

Apatah lagi, ia merupakan kali pertama Boy terbuka hati dan berpeluang untuk mendalami agama bersama teman-teman lain.

Namun, nampaknya, di sebalik perkongsian yang baik, Boy tetap menerima kecaman dengan ada antaranya menganggap dia mungkin sama seperti mana-mana individu lain yang dilabel sebagai penunggang agama.


Menghubungi Boy baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan dan luahannya berhubung isu itu.



"Jabatan netizen ini, memang tak akan pandang apa yang kita buat, walaupun baik. Mereka suka jatuh hukum. Kata saya berlakonlah, main wayanglah, tunggang agamalah. Buat apa saya nak berlakon? Baik saya duduk rumah, tidur lagi syok.

"Kena faham satu benda. Memang kita ini susah hendak puaskan hati orang. Kadangkala orang tak faham niat kita. Orang nampak saya ini macam tunggang agama. Kalau betullah, sudah lama saya buat, enam tahun lepas mungkin saya dah buat masa mula-mula dipelawa sertai jemaah itu.



"Ini bukan pasal tunggang agama. Ini pasal hati sudah sedia dan terbuka selain Allah SWT pilih. Kalau dijemput pun, kita tak ada hati, ia takkan terjadi. Malaslah nak cerita pasal netizen ini. Saya berkongsi pengalaman ini sebab mahu ajak orang ke arah kebaikan selain nak bersihkan nama," katanya kepada Utusan.

Dalam pada itu, Boy juga menegaskan bahawa dia bukan nak jadi alim, mahupun menunggang agama. Sebaliknya dia mahu memperbetulkan diri.



"Contoh, kalau tak pandai mengaji, tak akanlah sampai bila-bila kita tak nak belajar mengaji?" ujarnya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 25-4-2022 05:09 PM
selagi caption menghurai panjang...dengan hashtag feeling-feeling... selagi tu lah kuasekkkkkk nak percaya... terpaling propa & scammer. Ingat keluar 3 hari tu dah boleh hilang dosa dia kelentong pakcik-makcik atok nenek dulu tu? tidak ye. Merana diorang semua simpanan habis...
Quote eyansss 25-4-2022 05:13 PM
macamana la orang tak kecam sebab ko baru je join dah terhegeh2 bukak tabung…  kalau betul nak perbetulkan diri dan dekat dengan Allah swt, ko tak terfikir lagi nak bukak tabung…  ko settle diri ko dulu pastu bersedekah senyap2…
Quote mamastoney 25-4-2022 07:06 PM
Kalo ko betul2 insofff, ko cari semua org2 tua yg ko buat aniaya dulu, mintak maap dan bayar balik duit dorg
Quote midori_katana 25-4-2022 08:33 PM
Org kecam kes buka tabung kan bukan sbb join tabliq dan nak baiki diri.
Quote slyfynx 25-4-2022 11:41 PM
Masalahnye, jadah lak org nk kene sumbang kt tabung ko?
Quote margo20 26-4-2022 06:30 AM
Kesian gila likes dia hahaha
Quote akuMNdia 26-4-2022 07:07 AM
saper percaya mmg bodoh level tinggi
Quote Harley_Quinn 26-4-2022 01:58 PM
Org kecam sbb tbe2 bkk tabung mnta derma org ramai plk.
Klo pegi insaf apa smua tu org x ckp apa pn
Quote Lagubestbest 26-4-2022 11:04 PM
dah tau pendosa tapi duit scam orang tu masih erat pegang. tasbih jubah semua beli guna duit scam orang.
Quote jgfjhdjhg 26-4-2022 11:47 PM
jangan tiba2 nak buat pusat tahfiz la pusat pengajian la
pastu mohon derma...
Quote Burong_Hantuk 27-4-2022 08:00 AM
choyyyyy
Quote cicicumel 27-4-2022 08:04 AM
Mana title Dato?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051317 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top