Lebaran Aidilfitri yang semakin hampir, sudah tentu ramai keluarga mahu mencari pakaian baru, biskut raya, kasut baru dan sebagainya untuk menunjukkan semangat Aidilfitri tahun ini. Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di TikTok memaparkan para suami 'bersidai' di luar kedai, setia menunggu pasangan masing-masing yang sedang sibuk membeli belah untuk persiapan raya. Difahamkan, kebanyakan mereka yang menunggu itu menghabiskan waktu dengan melihat telefon bimbit dan ada yang merenung jauh sambil menunggu pasangannya untuk siap membeli belah. Menjengah di komen pula, ramai yang menceritakan pengalaman sendiri tentang membeli-belah dengan pasangan dan ada juga yang mendapat kawan baru ketika menunggu pasangan. - CARI |
ADVERTISEMENT