“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan)."
Pelawak Achey reda menerima khabar duka apabila kehilangan ibunya, Ngaisah Hasaan, 74, yang meninggal dunia sekitar pukul 12.46 tengah malam tadi. “Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan). “Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Difahamkan, Ngaisah baru beberapa hari menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik. Achey sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatan ibunya berada dalam keadaan tidak menentu dan kerap keluar masuk hospital, sehingga memaksa dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah. Pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Burong_Hantuk replied at 25-4-2022 08:46 AM
satu aku nak cakap,,,perlu kah kongsi gamba arwah masa tengah nazak di media sosial???otak letak man ...
Burong_Hantuk replied at 25-4-2022 08:46 AM
satu aku nak cakap,,,perlu kah kongsi gamba arwah masa tengah nazak di media sosial???otak letak man ...
ezacbee replied at 25-4-2022 10:09 AM
Takziah. Sempat lagi rec video atas motor..
MengkuduMasam replied at 25-4-2022 10:29 AM
salam takziah....
ezacbee replied at 25-4-2022 10:09 AM
Takziah. Sempat lagi rec video atas motor..
dejure replied at 25-4-2022 10:01 AM
Biarlah itu memori dia dgn mak dia..orang yg tak rasa lg mana tau..
adeqbun replied at 25-4-2022 10:58 AM
innalillah..takziah acey..
tp aku bkn nak ckp apa,smpt lak die bukak camera fon ye..huhuhu..ai penah ...
ADVERTISEMENT