CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5595|Reply: 64

Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia

[Copy link]
Post time 25-4-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ibu pelawak popular, Achey iaitu Ngaisah Hassan, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor, jam 12.46 pagi ini selepas hampir dua tahun menderita penyakit kanser pankreas.

Berkongsi berita sedih itu, Achey berkata, dia mengetahui keadaan arwah semakin nazak ketika mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya, malam ini.

"Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.

"Namun, saya mendapat berita arwah meninggal dunia ketika atas motosikal dalam perjalanan pulang.

"Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian 'syurga' saya.

"Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya pulang ke Kuala Lumpur sekejap, namun, Allah lebih menyayanginya," katanya ketika dihubungi BH Online.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, berkongsi arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak dialami boleh semakin surut.

"Saya agak lama berada di Johor Bahru untuk menjaga arwah, namun, perlu pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Saya lihat keadaan arwah semakin baik, jadi, saya pulang bagi menyelesaikan tugasan yang dijanjikan.

"Namun, tahap kesihatan arwah semakin merosot apabila sel kanser sudah merebak seluruh badan, malam ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi kakak, Nordewiyani Hazrani Nasir.

"Ikutkan, saya belum puas berbakti pada arwah, namun, soal ajal dan maut ketentuan Allah. Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.

"Saya dan keluarga reda, arwah meninggal dunia pada bulan baik. Mengenangkannya membuatkan hati saya lebih tenang," katanya dengan nada sebak.

Anggota kumpulan Bocey itu berkata, lebih bermakna apabila impian arwah mahu disemadikan di sebelah kubur arwah abah juga termakbul.

"Arwah pernah pesan mahu dikebumikan di sebelah kubur arwah abah. Allah makbulkan impian arwah apabila ada tapak kosong di sebelah kubur arwah abah.

"Insya-Allah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Usaha Jaya, Labis, Segamat. Namun, saya dan keluarga masih menunggu kepulangan abang yang juga jurulatih paralimpik Malaysia bertugas di United Kingdom.

"Abang sempat mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia sejurus mengetahui pemergian arwah dan dijangka tiba jam 2 petang, hari ini," katanya.

Achey berkata, dia memuji kakaknya, Nordewiyani yang menjaga arwah sejak mula sakit hingga memperoleh rezeki berada di sisi arwah ketika menghadapi sakaratul maut.

"Sudah menjadi rezeki kakak berada di sisi arwah. Adik-beradik lain juga bergilir-gilir menjaga arwah ketika di hospital, namun Nordewiyani lebih bertuah, dapat berbakti dengan arwah hingga akhir nafas.

"Saya masih di Kuala Lumpur, sekarang mengambil tempoh bertenang seketika. Jenazah juga masih perlu menjalani beberapa prosedur di hospital sebelum dibawa pulang ke Labis.

"Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan arwah sejak mula sakit hingga menghembuskan nafas terakhir," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2022 08:46 AM | Show all posts
Edited by Burong_Hantuk at 25-4-2022 08:50 AM

satu aku nak cakap,,,perlu kah kongsi gamba arwah masa tengah nazak di media sosial???otak letak mana??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:48 AM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Takziah Achey..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah…innalillah…
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:04 AM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 25-4-2022 08:46 AM
satu aku nak cakap,,,perlu kah kongsi gamba arwah masa tengah nazak di media sosial???otak letak man ...

setuju juga

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian acheh..ramai org yg dia syg tinggalkan dia..ayah dia,arwah abam dan skrg mak dia plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillhirojiun.. salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 25-4-2022 08:46 AM
satu aku nak cakap,,,perlu kah kongsi gamba arwah masa tengah nazak di media sosial???otak letak man ...

Biarlah itu memori dia dgn mak dia..orang yg tak rasa lg mana tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 10:09 AM | Show all posts

Takziah. Sempat lagi rec video atas motor..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:11 AM | Show all posts
ezacbee replied at 25-4-2022 10:09 AM
Takziah. Sempat lagi rec video atas motor..

Part ni iolls tak paham. Ye kita tahu susah nak terima bila mak dah takde. Tapi motip kau record atas moto tu apebenda siaaa... Macam tengah bawak motor, pastu dpt phone call kata mak dah meninggal. Then menggelabah nak post status dekat IG ke cane tu??

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:29 AM | Show all posts
salam takziah....


tp sempat lg upload content nangis atas muto ni kat TikTok...
ntah laa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:40 AM | Show all posts
sedih mmg sedih tp content tetap kena upload gitewwww
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
MengkuduMasam replied at 25-4-2022 10:29 AM
salam takziah....



Hidup pura pura.. klo x upload xde bukti nangis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:57 AM | Show all posts

Salam takziah…innalillah…
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:58 AM | Show all posts
ezacbee replied at 25-4-2022 10:09 AM
Takziah. Sempat lagi rec video atas motor..

kan..
tgh nangis mencurah2 airmata ingat lagi nak rekod segala
x leh brain org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:58 AM | Show all posts
innalillah..takziah acey..
tp aku bkn nak ckp apa,smpt lak die bukak camera fon ye..huhuhu..ai penah kehilangan org yg sgt2 disayangi dlm ekadaan yg mengejut..xmampu buat apa pon..bwk kete mcm pelesit smpi kene saman 2 kali sbb nak cpt2 smpi ke hosp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dejure replied at 25-4-2022 10:01 AM
Biarlah itu memori dia dgn mak dia..orang yg tak rasa lg mana tau..

Faham la yang tu tp perlu la nk upload ???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:10 AM | Show all posts
sempat buat content huhuhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:17 AM | Show all posts
adeqbun replied at 25-4-2022 10:58 AM
innalillah..takziah acey..
tp aku bkn nak ckp apa,smpt lak die bukak camera fon ye..huhuhu..ai penah ...

Masa my lovely aunty meninggal, iolls amik masa beberapa hari utk update status mengenang & cherish my late aunty sebab sedih sangat. Masa dapat berita meninggal tu memang berdesup pegi hospital. Phone dekat tangan pon utk keep in touch thru phone call/whatsapp sedara mara. Tak dan nak masuk FB/IG ke utk update.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainna ilahirojiun. Salam Takziah Achey.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.299037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list