Hanya tidak berpuas hati disebabkan urusan jual beli ikan, seorang remaja tergamak membakar rakannya sendiri.
Lapor Tribunnews, kejadian diceritakan sendiri oleh bapa mangsa, Purwito mengenai urusan jual beli ikan melibatkan anaknya. Katanya, semasa malam kejadian, anaknya berada di rumah bersama kawan-kawannya. “Tiga kawannya iaitu JA, AL dan ZI datang ke rumah untuk bermain. Semasa sedang bersembang, salah seorang berbincang tentang ekzos dan ikan.
“Kemudian, JA turut bertanya untuk menjual ekzos dengan harga sangat murah dan meminta ikan dengan harga tinggi,” katanya. Purwito berkata, dia sudah memberikan JI dengan harga yang diminta. Namun, ikan yang dia inginkan rupa-rupanya sudah dibeli orang lain dan dia disarankan memilih ikan lain. Katanya, AL dan ZI bersetuju dan memilih ikan lain, manakala, JA tidak dapat menerimanya dan menjadi sangat beremosi. Ketika situasi beransur tenang dan anaknya bersembang dengan rakan lain yang datang, JA tiba-tiba menyiram minyak petrol ke tubuh mangsa sehingga terbakar. “Ketika anak saya cuba memadamkan api di tubuhnya, kesemua rakannya melarikan diri. “Mujur kawan lain yang datang dan membantu membuka pintu serta menyuruh anak saya ke bilik air,” katanya. Keadaan mangsa kini dilaporkan makin stabil selepas sebulan menjalani rawatan intensif di Hospital Pusat Dr. Sardjito. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT