Penyanyi Ernie Zakri, 30, tidak menafikan timbul kerisauan sekiranya bayi kecilnya Nur Khawla Soleha terdedah kepada sentuhan orang lain di mana-mana.
Ernie berkata, dia dan suaminya juga penyanyi Syamel sebolehnya akan memastikan untuk kawal perkara itu tanpa mengguris hati sesiapa yang teringin melihat puterinya. "Kami risau sebenarnya berkunjung ke rumah orang atau orang berkunjung ke rumah kami. Nak mengelak hal itu macam tak berapa moleklah. "Tapi bagi kami, ramai juga yang sudah memahami keadaan sekarang. Buat yang kurang memahami, semestinya saya akan cakap baik-baik dengan mereka," katanya.
|
ADVERTISEMENT