View: 1548|Reply: 3
|
Ernie Zakri Risau Anak Terdedah Kepada Sentuhan Orang Lain
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ernie Zakri, 30, tidak menafikan timbul kerisauan sekiranya bayi kecilnya Nur Khawla Soleha terdedah kepada sentuhan orang lain di mana-mana.
Ernie berkata, dia dan suaminya juga penyanyi Syamel sebolehnya akan memastikan untuk kawal perkara itu tanpa mengguris hati sesiapa yang teringin melihat puterinya.
Kredit foto: IG Ernie
"Kami risau sebenarnya berkunjung ke rumah orang atau orang berkunjung ke rumah kami. Nak mengelak hal itu macam tak berapa moleklah.
"Tapi bagi kami, ramai juga yang sudah memahami keadaan sekarang. Buat yang kurang memahami, semestinya saya akan cakap baik-baik dengan mereka," katanya.
Penyanyi Ku Bersuara itu percaya ada jalan terbaik untuk mengelakkan hal itu tanpa perlu guris hati sesiapa.
"ada saya, senang saja hal ini iaitu cara bercakap sebolehnya tidak mengguris hati mereka itu amat penting. Jadi, begitu sajalah yang kami lakukan," katanya.
Terdahulu, Ernie dan Syamel menimang cahaya mata sulung mereka itu pada Februari lalu.
Kredit foto: IG Ernie
Pada Mac, mereka kemudian berkongsi jantina serta nama anak mereka.
Selepas habis berpantang, penyanyi itu tidak berehat lama dan terus kembali rancakkan karier seninya.
Terbaru, dia turut melancarkan lagu raya solonya berjudul Zapin Lebaran.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
sape laa yg tak paham bahasa lagi tu
dah berbuih mulut org bgtau dan pesan..
jgn sesuka hati dgn anak org lagi2 baby ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Senang bagitau mcmni kat media.
Sedara mara mohon cakna. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 yg memegang tu bukanla org jauh pn
org yg paling dekat n kite pn xboleh nk saun sesuka hati
kecik hati lg susah nanti
paham sngtla kalau anak sulung, mmg mcm2 pk
tp xpela. anggap jela org pegang tu sbb org sayang dgn anak kite. doa dlm hati yg baik2
sebab iols pernah tgk sndiri sejenis mak yg kekwats ni, anak dia jgnla kite nk cuit, kemain kuat dia saun dr jauh
last2 g mane2 pn org bolayan je diorg satu family
yela, kang tegur kene saun plak kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|