Demi memberi fokus kepada kerjaya seni selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Tuah Adzmi membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai pembantu stor di kilang mencetak al-Quran.
Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, dia bimbang tidak dapat memberi komitmen terhadap tanggungjawab itu jika terpaksa mengambil cuti untuk menerima tawaran persembahan atau terlibat program seni. “Untuk memberi fokus kepada kerjaya seni, saya tidak sambung bekerja di kilang kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen jika ada program berkaitan dunia seni.
“Selepas BS22 ruang untuk saya dalam industri lebih besar. Peminat tidak hanya kenal lagu saya tetapi tahu mula kenal nama dan siapa saya yang sebenarnya. “Saya juga akan ambil kelas latihan vokal untuk meningkatkan kualiti nyanyian. Sebelum saya tidak pernah berlatih secara formal,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Tuah mengaku namanya mula dikenali dan mendapat perhatian apabila video ditegur juri Mas Idayu ketika konsert minggu kedua tular dan mendapat reaksi pelbagai pihak.
|
hyie replied at 4-5-2022 12:24 PM
Korang ni pun, heols ni anak tunggal yang duduk denhan mak dia je. So dia rasa bertanggungjawab untu ...
ADVERTISEMENT