View: 1759|Reply: 13
|
Tuah Adzmi Nekad Berhenti Kerja, Nak Kejar Glamour Jadi Penyanyi
[Copy link]
|
|
Demi memberi fokus kepada kerjaya seni selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Tuah Adzmi membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai pembantu stor di kilang mencetak al-Quran.
Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, dia bimbang tidak dapat memberi komitmen terhadap tanggungjawab itu jika terpaksa mengambil cuti untuk menerima tawaran persembahan atau terlibat program seni.
Foto: IG
“Untuk memberi fokus kepada kerjaya seni, saya tidak sambung bekerja di kilang kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen jika ada program berkaitan dunia seni.
“Selepas BS22 ruang untuk saya dalam industri lebih besar. Peminat tidak hanya kenal lagu saya tetapi tahu mula kenal nama dan siapa saya yang sebenarnya.
“Saya juga akan ambil kelas latihan vokal untuk meningkatkan kualiti nyanyian. Sebelum saya tidak pernah berlatih secara formal,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Tuah mengaku namanya mula dikenali dan mendapat perhatian apabila video ditegur juri Mas Idayu ketika konsert minggu kedua tular dan mendapat reaksi pelbagai pihak.
Pada minggu tersebut Mas Idayu selaku juri pedas bertanyakan kepada Tuah maksud pitching selepas dia membuat persembahan lagu Luar Biasa nyanyian asal Ismail Izzani.
Tuah bagaimanapun ketika itu dilihat kurang berkeyakinan memberi jawapan sehingga dianggap tidak tahu makna sebenar perkataan yang diajukan Mas Idayu.
“Sebenarnya teguran itu membawa tuah buat saya kerana ia menjadi viral dan orang mula kenal siapa Tuah Adzmi.
“Mummy (Mas Idayu) ada menghubungi saya selepas BS22 dan menawarkan untuk memberi latihan vokal, namun kami masih belum berkesempatan untuk berjumpa,” jelasnya.
Sementara itu, sebagai penyanyi baharu, Tuah juga sedar pasang surut dalam dunia hiburan yang tidak boleh terlalu bergantung terhadap kerjaya nyanyian sebagai sumber pendapatan.
Justeru itu, dia sudah ada perancangan bagi mengelakkan berlaku masalah kesempitan wang.
“Saya tahu pendapatan sebagai seorang artis tidak menentu. Jadi sejak awal lagi sudah ada perancangan sendiri agar ekonomi tidak terjejas.
“Saya ada akaun Youtube sendiri yang telah pun menjana pendapatan sebelum ini. Jadi itulah yang akan saya teruskan supaya sentiasa ada sumber kewangan,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Tuah.. hang sebenarnya tak bertuah.
Kerja jaga stor at least ada KWSP.
Ada pandemic lagi, hang boleh keluar 10k
Ko nyanyi karaoke jer lah |
|
|
|
|
|
|
|
sapa muka dak bengkel moto ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia macam pengkid yang muka petak tu kan.. yang delin delon ke apa nama ntah..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Retis syok sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya berenti keje... takpe la asalkan serius nak bina nama sbg anak seni. |
|
|
|
|
|
|
|
dia kerja pembantu stor, sesuai la kena berenti sebab daily job punya kerja
kalau dia takda, orang lain kena buat kerja dia |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya berhenti dan sambung belajar ambik vokal kat aswara tu...then baru boleh buat comeback dgn hebat sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni pun, heols ni anak tunggal yang duduk denhan mak dia je. So dia rasa bertanggungjawab untuk ambik alih tugas mak dia sara keluarga. Tak pasti pasal kisah bapak dia. Iols tau sebab ada tengok kat tv heshe cerita. Semoga dik Tuah berjaya dan kekal sedap yach. |
|
|
|
|
|
|
|
mummy mas idayu yg call heols utk ajar vokal?
dh serupa seller dekat IG pulokk |
|
|
|
|
|
|
|
Mai mana nama Tuah tu? Keturunan Hang Tuah ke budak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 4-5-2022 12:24 PM
Korang ni pun, heols ni anak tunggal yang duduk denhan mak dia je. So dia rasa bertanggungjawab untu ...
Ye ke, kesian. Takpe , muka dah helok, perangai kalo helok, ada rezeki nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|