CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hauk, Tak Kreatif,"- MV Siti Nurhaliza Dikutuk, Tiru Adele

25-4-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16298| Komen: 234

Baharu dilancarkan Rabu lalu, lagu raya terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Lip Lap Raya menerima kritikan peminat-peminatnya apabila muzik video (MV) penyanyi tersohor itu dikatakan berkualiti rendah.


Terbuka menerima kritikan itu, Siti, 43, berkata, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing.




“Apa sahaja orang nak katakan saya sudah biasa sejak dari awal lagi.

“Itu adalah hak mereka untuk bercakap. Apa yang penting matlamat dan maksud lagu tersebut berjaya disampaikan,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, lagu raya terbaharu Siti, Lip Lap Raya ciptaan Ajay Mai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan dianggap tidak mencapai standard penyanyi nombor satu itu.



Malah, ada yang mendakwa konsep yang dipaparkan hampir sama dengan MV Oh My God nyanyian Adele.

Sementara itu, mengulas tentang konsep MV, Siti berkata, Lip Lap memberi kelainan apabila tampil dengan konsep lebih elegan dan santai.

“Bila sebut hari raya orang dah biasa dengan suasana meriah seperti ketupat atau bunga api. Itu adalah kebiasaan. Bagaimanapun saya suka dengan konsep yang ditampilkan kali ini kerana lebih elegan dan santai,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada hujung Ramadan ini.

Selepas tiga tahun tidak ke sana, ini adalah peluang buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk melepas rindu beribadah dan berdoa di hadapan Kaabah.

“Sebab sudah tiga tahun tidak ke sana, jadi memang rindu untuk duduk dan berdoa di hadapan Kaabah.

“Pastinya saya mahu memohon kebaikan dari setiap sudut untuk diri saya, keluarga, anak-anak dan seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 25-4-2022 11:28 AM
Haah la sama.. hehehehe
Quote dubuk 25-4-2022 11:40 AM
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Quote KBW2 25-4-2022 11:46 AM
Hahahahahahahahahaukkkkk
Quote KBW2 25-4-2022 11:47 AM
Kualiti penyanyi bernombor Malaysia, meniru tanpa segan silu. Cedok terus ya.
Quote AshkieLa 25-4-2022 12:09 PM
aiyooo...plagiat aje kerja2 org belakang tabir nowadays.. idea sendiri haus ke...
aku lebih rela tengok MV tu kalau tokT dililit dengan lampu lip lap from head to toe sambil menari nari drpd amik hasil karya org lain gini.. lemah
Quote Normabaru 25-4-2022 12:12 PM
Lip lap ke malap?
Quote kechikchomel 25-4-2022 12:15 PM
erkkk...orang tu letak kerusi, dia pun letak kerusi. orang tu letak tangga, dia pun letak tangga. letak la benda lain. tak nampak sangat (meniru)
Quote tipah89 25-4-2022 12:35 PM
lagu mcm tangkap muat je..bosan nau
Quote cikatilia 25-4-2022 12:46 PM
sebijik
sebijun
xdak idea ka
Quote doubleA 25-4-2022 12:48 PM
Siapa yg direct ni la ciplak idea kan, creative team dia la pemalas plan. Ctperoz mesti tau dia peminat adele ohmySNP
Quote deebiz14 25-4-2022 12:49 PM
Aduyai mak iti oiii... tak buat research ker? Cilaka betul team sheols ni ehk.
Malu la weh.

Dah la lagu laplip ni cam sendu.
Quote seri_mawr 25-4-2022 01:00 PM
lagi lip lap raya x sedap...
below par lagu ni tuk penyanyi no 1..
Quote pinkzara 25-4-2022 01:11 PM
geram gak ngan dia ni. Degil ya amat. langsung tak jaga kualiti. dia jaga suara je.
Baju hauk, vc hauk..bukan skrg vc dia hauk...sejak dulu hauk.
Quote jfq 25-4-2022 01:31 PM
Sebab sudah 3 tahun tidak ke sana?
Org lain nak gi umrah sekali seumur hidup, dia 3 tahun tu mcm eh dah lama sgt ni kena repeat
Quote jfq 25-4-2022 01:32 PM
Lip lap tapi mana lip lapnya mcm sendu aje
Quote jfq 25-4-2022 01:35 PM
Tp job ct tgh kencang skrang ni kluar iklan merata
Shoppee, swarokski, cuckoo
Tp yg iklan kuku tu mcm tak nmpk dah veteran depan kamera sbb mata ke lain
3 iklan ni boleh dpt 5 juta kot
Quote nakkomenjugak 25-4-2022 01:41 PM
Hahahahaahahahahahahaha
mak itiiiiii oiiii
nak selamat buat jelaaa nari2 ala2 badarsila cindai  
apa kemendeeeee laaa team sheol ni niru bolat2
Quote black_handbag 25-4-2022 01:42 PM
lagu ni tak sedap. setelah bertahun2 she xde lagu raya, i macam tunggu2 jugala lagu rayanya. sekali kualiti malap

susah dah nak dapat kualiti lagu2 setanding ciptaan arwah pak ngah dulu. byk lagu2 pak ngah yg malar segar sampai skrg. mcm lagu2 raya siti yg arwah cipta dulu.. smpi skrg sedap je dgr
Quote SherryZass 25-4-2022 01:48 PM
tak best lagu raya & mv video sheolls ni. Aku masih meng-expect lagu raya baru sheolls ada irama2 melayu & suasan raya tu. tapi hampeh, lampu kelip2 jah ada

Lihat semua komen(234)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.109890 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top